Gangguan mistik atau makhluk ghaib sebenarnya menyeramkan dan akan buat semua meremang walaupun hanya sekaran menonton video.
Kebiasaannya, budak kecil akan sering terdedah kepada perkara-perkara tersebut kerana ada di antara mereka hijabnya masib lagi terbuka. Oleh sebab itu, ibu bapa perlu tahu cara menjaga mereka apabila diganggu oleh makhluk ghaib. Ada yang perlu dibawa untuk berubat dan sebagainya untuk mengelakkan hal sedemikian berpanjangan.
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang budak kecil bermain dengan ‘kawannya’ telah mencuri tumpuan warganet.
Lihat video penuh itu di bawah:
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang ayah sedang merakam anak lelakinya bermain dengan seorang kawan yang tidak dikenal pasti.
Bila ditegur anak perempuan, ayahnya terus bertindak untuk merekod dan menegur dia bermain dengan siapa. Apabila disergah lebih dekat, rupa-rupanya anak lelakinya itu bermain seorang diri padahal pada awalnya mereka semua nampak seperti ada bayang tangan orang di tepi rak televisyen.
“Kena pagar rumah tu bang, saya pernah kena situasi begini, benda mengikut sampai dalam rumah” – Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 55.5M tontonan, 2.5M tanda suka dan 46.6K komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing.
Berikut di bawah adalah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Sumber: Seismik
