Rumah tangga yang dibina selama tiga tahun akhirnya terlerai jua di tengah jalan akibat kehadiran orang yang ketiga. Itulah yang dilalui oleh pasangan dari India ini apabila si isteri kantoi mempunyai hubungan dengan lelaki lain.
Tularnya satu video di media sosial di mana seorang suami rela mengahwinkan isterinya dengan lelaki lain. Menurut sumber, si suami nekad dengan keputusan tersebut kerana sudah tidak tahan lagi dengan sikap isterinya yang sering berlaku curang sehingga tergamak meniduri lelaki lain. Si isteri sering membawa lelaki lain ke rumah ketika ketiadaan si suami.
Apa yang lebih meruntun hati ialah apabila mengetahui si suami sebenarnya sudah lama mengetahui kecurangan si isteri, malah dia juga sudah berkali-kali menasihati dan memaafkan wanita tersebut tetapi malangnya, dia tetap juga memilih untuk curang. Disebabkan sudah tidak sanggup diduakan dengan lelaki lain, si suami nekad mengahwinkan isterinya dengan lelaki terbabit di lokasi di mana pasangan itu melakukan hubungan asmara. Beberapa penduduk kampung turut berada di situ untuk menyaksikan perkahwinan pasangan ini berlangsung.
Menerusi video tersebut, si isteri dilihat menangis seakan tidak rela dikahwinkan kerana masih mencintai si suami namun si suami beredar selepas semuanya selesai.
Sumber: OhBulan, Times Now News
