Connect with us

Hi, what are you looking for?

Kisah MalayaKisah Malaya

Uncategorized

> Satu keluarga terkena keracunan makanan selepas makan cendawan beracun

Insiden keracunan makanan sering terjadi dan ia boleh membahayakan kesihatan kita sekiranya tidak membuat rawatan lanjut.

Sebab itulah, kita perlu memastikan sesuatu makanan itu betul-betul bersih dan selamat untuk dimakan lebih-lebih lagi untuk anak-anak kerana sistem badan mereka belum kuat sepenuhnya.

Namun, insiden tidak diingini kadang-kadang memang boleh berlaku tanpa kita sedar. Seperti seorang wanita ini, dia berkongsi cerita dia termasak cendawan yang diambil di luar rumahnya telah mendapat perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Advertisement. Scroll to continue reading.

 

Menerusi video yang dimuat naik oleh @mas.ita, kelihatan wanita itu bercerita tentang kecuaiannya memasak menu cendawan beracun sehingga dia dan keluarganya dimasukkan ke hospital.

Menurut wanita itu, suaminya mengambil beberapa batang cendawan yang tumbuh sendiri di luar rumah mereka. Disebabkan sudah lama tidak makan cendawan, wanita itu pun bertindak untuk memasaknya seperti biasa untuk makan tengah hari.

Tetapi, malang tidak berbau apabila sebaik saja mereka menjamah lauk cendawan itu, mereka mengalami muntah teruk dan terpaksa dikejarkan ke hospital akibat keracunan makanan. Rupa-rupanya, cendawan yang dimasak itu bukanlah cendawan busut tetapi ia memang cendawan yang jenis beracun.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Aku masak cendawan beli dekat pasar raya je, yang tumbuh keliling rumah ni tak berani” – Warganet

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 1.3M tontonan, 84.1K tanda suka serta 29.6K perkongsian di laman TikTok.

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata warganet turut memberikan pandangan masing-masing mengenai cendawan yang dimasaknya itu. Ramai juga berkongsi cara untuk mengenal pasti jika cendawan itu beracun atau tidak.

Berikut di bawah merupakan antara komen daripada warganet di TikTok:

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Seismik, Tiktok
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like

Uncategorized

NAIROBI, KENYA –  Seorang wanita di  Kajiado, Kenya mengurung dirinya di dalam rumah bersama dua anaknya sebelum membakar kediaman tersebut selepas mendapat tahu bahawa...

Uncategorized

Walaupun sedang menjalani hukuman juvana di sebuah pusat pemulihan, empat pelajar perempuan ini nampaknya masih lagi berkelakuan tidak bermoral. Empat orang pelajar perempuan yang...

Uncategorized

Seorang wanita di Vietnam dilihat hanya tergelak selepas peragut berjaya melarikan diri bersama rantai emas miliknya. Kejadian itu dilaporkan berlaku ketika wanita tersebut sedang...

Uncategorized

Seorang pelajar perempuan telah menjadi mangsa rakannya sendiri apabila dia dikelar. Mangsa telah dikelar dengan menggunakan sejenis pisau dapur. Kejadian ngeri itu telah berlaku...