Connect with us

Hi, what are you looking for?

Kisah MalayaKisah Malaya

Uncategorized

> Murid tayang ‘video lucah’ semasa kelas dalam talian

Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) merupakan kaedah baru yang bukan saja memerlukan kreativiti tetapi pendekatannya juga harus lebih menarik memandangkan wujudnya zaman Covid-19.

Justeru itu, bertugas dengan norma baru PdPR ini, ada guru yang mendakwa mereka berdepan dengan gangguan lucah oleh segelintir ‘pelajar nakal’.

Menurut laporan, seorang guru dari sebuah sekolah di Kepong yang mahu dikenali sebagai Cikgu N, mendedahkan bahawa dia diganggu dengan tayangan video lucah oleh pelajar ketika sesi PdPR berlangsung.

“Pelajar itu mengganggu proses PdPR yang menggunakan platform Google Meet dengan menyiarkan video lucah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Perkara ini dilakukan oleh murid tingkatan satu, mereka berani berbuat demikian kerana mereka belum bersemuka dengan guru,” kata Cikgu N.

Walau bagaimanapun, katanya tindakan itu akhirnya akan memberi kesan serta merugikan pelajar lain yang tidak terbabit.

Jelas Cikgu N lagi, bukan dia saja yang berdepan dengan gangguan seperti itu sebaliknya masalah sama turut dihadapi guru lain.

Sebagai rekod, sesi persekolahan tahun 2021 dijalankan mulai 20 Januari lalu secara PdPR ekoran ancaman wabak Covid-19 yang belum reda.

Advertisement. Scroll to continue reading.

PdPR ialah pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang dilaksanakan di rumah atau pusat komuniti atau di mana-mana lokasi yang bersesuaian asalkan dilakukan secara dalam talian.

Sementara itu pula, seorang lagi guru turut mengalami nasib yang sama seperti Cikgu N iaitu diganggu pelajar dengan video dan gambar lucah ketika PdPR.

“Saya terkejut dengan kejadian yang tidak diingini, apatah lagi ketika itu para pelajar ada sekitar 100 orang sedang mengikuti pembelajaran.

“Disebabkan seorang pelajar nakal yang buat hal, habis sesi pembelajaran terpaksa dihentikan,” katanya yang enggan namanya didedahkan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurut guru terbabit kejadian itu sudah dimaklumkan kepada pihak pentadbir sekolah dan pejabat pendidikan daerah.

 

Sumber: Seismik
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like

Uncategorized

NAIROBI, KENYA –  Seorang wanita di  Kajiado, Kenya mengurung dirinya di dalam rumah bersama dua anaknya sebelum membakar kediaman tersebut selepas mendapat tahu bahawa...

Uncategorized

Walaupun sedang menjalani hukuman juvana di sebuah pusat pemulihan, empat pelajar perempuan ini nampaknya masih lagi berkelakuan tidak bermoral. Empat orang pelajar perempuan yang...

Uncategorized

Seorang wanita di Vietnam dilihat hanya tergelak selepas peragut berjaya melarikan diri bersama rantai emas miliknya. Kejadian itu dilaporkan berlaku ketika wanita tersebut sedang...

Uncategorized

Seorang pelajar perempuan telah menjadi mangsa rakannya sendiri apabila dia dikelar. Mangsa telah dikelar dengan menggunakan sejenis pisau dapur. Kejadian ngeri itu telah berlaku...