PARIS : Seorang wanita bertindak sedara drastik untuk merobek sebahagian kemaluan suaminya dalam satu pertengkaran di Perancis, lapor akhbar The Sun.
Wanita berusia 36 tahun yang identitinya tidak didedahkan itu dilaporkan turut mencengkam sebelum mengoyakkan kemaluan lelaki itu ketika mereka bergaduh.
Akhbar La Depeche juga melaporkan, suaminya yang berusia 45 tahun dikejarkan ke hospital oleh perkhidmatan kecemasan selepas kulit zakarnya tertanggal.
Pergaduhan tersebut tercetus sekitar tengah malam Isnin lalu di rumah pasangan itu di kampung Portet-sur-Garonne, dekat bandar Toulouse.
Mereka mula bertengkar selepas wanita itu mendakwa suaminya berlaku curang ketika menghadiri sebuah parti pada malam sebelumnya.
Pertengkaran mereka bertukar lebih ganas selepas kemaluan lelaki itu cedera akibat dirobek.
Lelaki itu masih sedar tetapi dalam kesakitan ketika ambulans tiba di lokasi kejadian
Wanita itu telah ditahan selama dua hari oleh pihak polis selepas serangan yang diperlakukan itu. Kes tersebut masih lagi dalam siasatan.
Lelaki berusia 45 tahun itu juga diletakkan dalam tahanan polis kerana disyaki turut melakukan keganasan terhadap isterinya.
Sumber: Kosmo, The Sun
