Connect with us

Hi, what are you looking for?

Kisah MalayaKisah Malaya

Uncategorized

> Dua lelaki makan mayat yang dibakar

NEW DELHI – Dua orang lelaki mabuk ditahan selepas didapati memakan mayat wanita yang sedang dibakar di tempat pembakaran mayat di Odisha, timur India.

Penduduk di perkampungan Bandhasahi di daerah Mayurbhanj mengesan mereka melakukan perbuatan melampau itu.

Sundar Mohan Singh, 58 tahun, dan Narendra Singh, 25 tahun, dari Kampung Dantuni itu sudah ditahan oleh pihak polis untuk siasatan mengikut Seksyen 297 (menceroboh tempat pengebumian) dan Seksyen 34 (jenayah bersama) Kanun Keseksaan India, lapor India Today.

Pihak polis memaklumkan kronologi kes itu bermula apabila Madhusmita Singh, 25 tahun, dari kampung Bansahi jatuh sakit pada Selasa lalu dan keluarganya membawa wanita itu ke hospital, namun disahkan telah meninggal dunia.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kematiannya didaftarkan dan dihantar ke Hospital Baripada untuk dibedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarga untuk upacara persemadian di kampung halaman.

Polis berkata lagi, ketika upacara berlangsung, dua suspek yang mabuk itu mencuri sebahagian sisa daging yang dibakar dan mula memakannya.

Menyedari perbuatan pelik mereka itu, keluarga mangsa menangkap suspek dan menyerahkannya kepada ketua kampung, sebelum mereka dipukul oleh penduduk kampung yang berang.

Penduduk juga turut merampas sisa daging wanita berkenaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sanjay Kumar Parida selaku Pegawai polis kanan telah mengesahkan bahawa dua lelaki itu ditahan susulan laporan penduduk kampung namun tidak menemui sisa daging manusia pada mereka.

 

Sumber: HMetro

Advertisement. Scroll to continue reading.
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like

Uncategorized

NAIROBI, KENYA –  Seorang wanita di  Kajiado, Kenya mengurung dirinya di dalam rumah bersama dua anaknya sebelum membakar kediaman tersebut selepas mendapat tahu bahawa...

Uncategorized

Walaupun sedang menjalani hukuman juvana di sebuah pusat pemulihan, empat pelajar perempuan ini nampaknya masih lagi berkelakuan tidak bermoral. Empat orang pelajar perempuan yang...

Uncategorized

Seorang wanita di Vietnam dilihat hanya tergelak selepas peragut berjaya melarikan diri bersama rantai emas miliknya. Kejadian itu dilaporkan berlaku ketika wanita tersebut sedang...

Uncategorized

Seorang pelajar perempuan telah menjadi mangsa rakannya sendiri apabila dia dikelar. Mangsa telah dikelar dengan menggunakan sejenis pisau dapur. Kejadian ngeri itu telah berlaku...