Connect with us

Hi, what are you looking for?

Kisah MalayaKisah Malaya

Uncategorized

> Mat London berpindah ke balik papan

KUALA LUMPUR – Pelakon dan pengarah, Ahmad Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Mat London, 74 tahun telah menghembuskan nafas terakhir akibat pelbagai komplikasi penyakit di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Kuala Lumpur (HKL), kira-kira pada jam 5.57 pagi ini.

Berita duka itu disahkan oleh anaknya, Salmany Akir Ahmad menerusi Facebok, sebentar tadi.

“Sesudah laungan azan subuh… Papa menghembuskan nafas terakhir di hening pagi yang masih sepi di pagi Jumaat,” tulis Salmany.

Semalam, Salmany juga ada memuat naik status di dalam Facebook di mana dia memberitahu keadaan Presiden Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) semakin nazak.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Malam ini agak suram dan syahdu. Di kala nak menaip posting ini pun jari jemari terketar-ketar.

“Papa dah tenat dan nazak. Saya mohon semua doakan Papa.

“Papa baik orangnya. Ramai orang senang, sayang dengan Papa.

“Malam ini, aku tengok Papa sudah semakin lemah. Bacaan surah Yassin yang termampu aku buat untuk Papa.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Kami, anak-anak, menantu dan cucu semua sayang Papa. Kami doakan Papa,” tulisnya.

Mengikut info daripada Biro Kesejahteraan Sosial FDAM, jenazah arwah akan dibawa ke Masjid Taman Melawati, pagi ini.

Jenazah Allahyarham Mat London dijangka akan dikebumikan selepas solat Jumaat, hari ini.

Terdahulu, arwah dirawat di ICU, HKL sejak 16 Jun lalu akibat jangkitan paru-paru dan berada dalam keadaan yang sangat kritikal.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menantunya pula, Muhamad Daniel Ahmad memaklumkan bahawa bapa mentuanya itu juga terpaksa ditidurkan berikutan keadaan paru-paru dan jantungnya sangat lemah.

“Papa dimasukkan ke hospital pada 13 Jun lalu akibat jangkitan kuman dalam paru-paru selepas mengadu tidak bermaya.

“Selepas dirawat di wad biasa, papa kemudian dipindahkan ke wad pengasingan. Berikutan keadaan kesihatannya yang semakin merosot, papa dipindahkan ke wad ICU untuk pemantauan rapi.

“Dan keadaan bertambah kritikal selepas papa tidak memberi sebarang tindak balas dan berada dalam keadaan separuh sedar.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Susulan paras oksigen yang rendah dan kadar degupan jantungnya lemah, papa terpaksa ditidurkan pada 26 Jun lalu,” katanya kepada BH Online.

Tambah Daniel lagi, pengarah filem veteran itu juga turut mengalami pelbagai komplikasi penyakit lain yang turut menjejaskan kesihatannya.

“Selain jangkitan paru-paru dan keupayaan jantung untuk mengepam darah sangat lemah, papa juga mengalami masalah buah pinggang,” ujar Daniel.

 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Berita Harian

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like

Uncategorized

NAIROBI, KENYA –  Seorang wanita di  Kajiado, Kenya mengurung dirinya di dalam rumah bersama dua anaknya sebelum membakar kediaman tersebut selepas mendapat tahu bahawa...

Uncategorized

Walaupun sedang menjalani hukuman juvana di sebuah pusat pemulihan, empat pelajar perempuan ini nampaknya masih lagi berkelakuan tidak bermoral. Empat orang pelajar perempuan yang...

Uncategorized

Seorang wanita di Vietnam dilihat hanya tergelak selepas peragut berjaya melarikan diri bersama rantai emas miliknya. Kejadian itu dilaporkan berlaku ketika wanita tersebut sedang...

Uncategorized

Seorang pelajar perempuan telah menjadi mangsa rakannya sendiri apabila dia dikelar. Mangsa telah dikelar dengan menggunakan sejenis pisau dapur. Kejadian ngeri itu telah berlaku...