Connect with us

Hi, what are you looking for?

Kisah MalayaKisah Malaya

Uncategorized

> Bapa tarik dan lastik kemaluan kemudian rendam kepala anak sampai mati

Seorang kanak-kanak yang baru berusia 2 tahun telah didera dengan kejam sehingga mati oleh bapa tirinya.

Kejadian tragik ini bermula apabila Syawaludin Alias ditangkap setelah menganiaya anak tirinya, Daffa Rafiqi yang berumur 2 tahun sehingga meninggal dunia.

Beliau bertindak mendera anak tirinya kerana isterinya masih lagi berhubungan dengan bekas suami.

Suspek itu telah mendera mangsa di bilik mandi semasa mangsa sedang membuang air besar dengan mengambil gayung dan memukul punggung, muka, dan mulut mangsa.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurut laporan, Daffa Rafiqi meninggal dunia disebabkan oleh mengalami luka dan lebam di bahagian bibir, tangan kiri, kemaluan, dan luka gigit di bahagian perut mangsa.

Bukan itu sahaja, Syawaludin juga tergamak merendam kepala mangsa ke dalam baldi dan melastik mangsa dengan menggunakan getah tayar berdasarkan kesan lebam yang ditemui di bahagian badan kanak-kanak itu. Syawaludin turut memukul Daffa setiap kali Daffa menangis.

Lebih kejam lagi, suspek dilaporkan telah melastik kemaluan anak tirinya itu sebelum meramas dan menariknya dengan sekuat hati.

Peralatan yang digunakan oleh Syawaluddin untuk mendera Daffa Rafiqi.

Suspek turut menyakiti kemaluan anak tirinya yang telah menyebabkan mangsa berasa kejang. Seterusnya, bagi menutup perbuatan jijik itu, suspek meletakkan bedak di kemaluan mangsa.

Pada hari kejadian, suspek memberitahu bahawa anaknya berada di klinik kesihatan kerana demam.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Namun begitu, doktor hairan dan curiga melihat mayat mangsa yang teruk dan terus melaporkan kejadian tersebut kepada pihak polis.

Suspek yang telah bernikah dengan ibu mangsa padal awal Januari 2017 dikatakan cemburu dengan isterinya itu yang berhubung semula dengan bekas suaminya.

Disebabkan rasa cemburunya, Syawaludin tergamak melepaskan kemarahan itu kepada anak tirinya yang masih kecil.

Setelah disiasat, akhirnya suspek mengakui bahawa beliau melakukan perkara jijik terbabit. Suspek dijatuhkan hukuman penjara selama 13 tahun seperti mana yang diputuskan oleh pihak mahkamah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Daffa Rafiqi meninggal dunia dalam perjalanan ke klinik kerana mengalami kekejangan. Perbuatan yang tidak berhati perut itu menyebabkan mangsa meninggal dunia kerana menahan sakit.

Kejadian tersebut berlaku di Riau, Indonesia.

 

Sumber: Seismik
Advertisement. Scroll to continue reading.
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like

Uncategorized

NAIROBI, KENYA –  Seorang wanita di  Kajiado, Kenya mengurung dirinya di dalam rumah bersama dua anaknya sebelum membakar kediaman tersebut selepas mendapat tahu bahawa...

Uncategorized

Walaupun sedang menjalani hukuman juvana di sebuah pusat pemulihan, empat pelajar perempuan ini nampaknya masih lagi berkelakuan tidak bermoral. Empat orang pelajar perempuan yang...

Uncategorized

Seorang wanita di Vietnam dilihat hanya tergelak selepas peragut berjaya melarikan diri bersama rantai emas miliknya. Kejadian itu dilaporkan berlaku ketika wanita tersebut sedang...

Uncategorized

Seorang pelajar perempuan telah menjadi mangsa rakannya sendiri apabila dia dikelar. Mangsa telah dikelar dengan menggunakan sejenis pisau dapur. Kejadian ngeri itu telah berlaku...