Seperti yang kita tahu, sekarang merupakan musim hujan dan fenomena kepala air banyak berlaku di kawasan air terjun atau sungai tanpa mengira masa.
Kita dinasihatkan untuk tidak berkunjung ke tempat-tempat itu kerana sangat berbahaya dan risiko untuk kehilangan nyawa adalah sangat tinggi pada ketika ini. Lihat saja berita-berita yang keluar, sudah ramai yang menjadi mangsa kepala air di pelbagai tempat.
Namun begitu, lain pula yang dilakukan oleh sekumpulan remaja lelaki yang tular rakaman mereka bermain di kepala air baru-baru ini telah mengundang kecaman ramai.
Lihat video itu di bawah:
Menerusi perkongsian video daripada @amruljemat, kelihatan sekumpulan remaja lelaki itu sedang bermandi-manda di sebuah kawasan sungai.
Pada mulanya, air kelihatan jernih. Namun begitu, kehadiran kepala air secara tiba-tiba mengejutkan mereka.
Apa yang membuatkan ramai mula mengecam adalah apabila mereka tidak mahu berganjak dari tempat itu dan selamba menunggu kepala air betul-betul di depan mata.
Malah, mereka juga dilihat sempat mencelupkan tangan sebelum berlari ke tepi sambil bergelak ketawa seperti kejadian itu tidak membahayakan sesiapa termasuklah diri mereka.
“Kalau dah terang-terang macam ni kemudian hanyut dibawa air, tolonglah jangan cari. Dia sendiri yang tempah” – Netizen
Ikutan tularnya video tersebut yang kini telah mencecah 2.2M tontonan, 74.8K tanda suka serta 4.2K perkongsian di laman TikTok, rata-rata netizen turut mengecam tindakan geng remaja itu.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:
Sumber: Seismik
