Connect with us

Hi, what are you looking for?

Kisah MalayaKisah Malaya

Uncategorized

> Anak OKU disuruh telan parasetamol sebelum ditikam, Ibu pula bunuh diri

MELAKA : Seorang wanita ditemui maut selepas dipercayai menikam dirinya sendiri dengan menggunakan pisau. Dia sebelum itu cuba membunuh anak lelakinya yang juga orang kelainan upaya (OKU) dalam kejadian di sebuah rumah di Taman Kota Laksamana di sini, semalam.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira pada pukul 3 petang itu, lelaki OKU (mental) berusia 26 tahun berkenaan bagaimanapun terselamat, namun mengalami kecederaan di bahagian leher akibat ditikam oleh ibunya.

Menurut salah seorang ahli keluarga mangsa, kejadian itu diketahui selepas pemuda tersebut menelefon neneknya memberitahu lehernya telah ditikam oleh si mati.

Katanya, dia dan beberapa ahli keluarga lain termasuk nenek mangsa, iaitu ibu kepada si mati telah bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati bahawa pemuda itu telah keluar dari rumah dalam keadaan baju yang berlumuran darah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Kami kemudian telah masuk ke dalam rumah bersama-sama mangsa untuk menukar bajunya dan terlihat ibunya tidak sedarkan diri dalam keadaan tertiarap dan berlumuran darah di bahagian ruang tamu.

“Mangsa beritahu ibunya telah menyuruhnya menelan sejumlah parasetamol dan tidur dalam keadaan tidak berbaju sebelum kemudian tiba-tiba menikam lehernya menggunakan pisau,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi.

Tambahnya lagi, si mati yang berusia 56 tahun selepas itu dikatakan menikam perutnya sendiri sehingga rebah dan dipercayai meninggal dunia sejurus itu.

“Sebelum kejadian, sikap ibunya telah berubah menjadi pendiam dan tidak mahu mendengar apa yang ahli keluarga cakap, seperti sedang tertekan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Kami syak dia ingin pergi (mati) bersama anaknya, dia seorang ibu tunggal dan mempunyai dua anak dengan mangsa merupakan anak bongsu daripada dua beradik, sulung berusia 28 tahun,” katanya.

Ujarnya juga, si mati bekerja sebagai seorang guru tadika dan hanya tinggal berdua bersama anak OKU berkenaan.

Sementara itu pula, Asisten Komisioner Christopher Patit selaku Ketua Polis Daerah Melaka Tengah mengesahkan kejadian dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Kosmo

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like

Uncategorized

NAIROBI, KENYA –  Seorang wanita di  Kajiado, Kenya mengurung dirinya di dalam rumah bersama dua anaknya sebelum membakar kediaman tersebut selepas mendapat tahu bahawa...

Uncategorized

Walaupun sedang menjalani hukuman juvana di sebuah pusat pemulihan, empat pelajar perempuan ini nampaknya masih lagi berkelakuan tidak bermoral. Empat orang pelajar perempuan yang...

Uncategorized

Seorang wanita di Vietnam dilihat hanya tergelak selepas peragut berjaya melarikan diri bersama rantai emas miliknya. Kejadian itu dilaporkan berlaku ketika wanita tersebut sedang...

Uncategorized

Seorang pelajar perempuan telah menjadi mangsa rakannya sendiri apabila dia dikelar. Mangsa telah dikelar dengan menggunakan sejenis pisau dapur. Kejadian ngeri itu telah berlaku...