Connect with us

Hi, what are you looking for?

Kisah MalayaKisah Malaya

Uncategorized

> Wanita ditahan kastam kerana simpan lima ekor ular dalam baju

BEIJING : Seorang wanita ditahan oleh pegawai Kastam Shenzhen di wilayah Guangdong, China kerana menyembunyikan lima ekor ular hidup di dalam bajunya, lapor akhbar Global Times.

Pegawai kastam telah mengenal pasti bahawa terdapat seorang wanita dengan bentuk badan yang agak pelik sedang berjalan melintasi laluan masuk di Pelabuhan Futian beberapa hari lalu.

Penumpang itu kemudian diminta berhenti untuk menjalani pemeriksaan badan penuh yang dilakukan oleh pegawai Kastam yang bertugas.

Pegawai kemudian menemui lima ekor ular hidup yang dibalut dengan menggunakan stoking. Ular-ular tersebut diletakkan pada dada wanita itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ular yang disorok tersebut merupakan ular jagung dan kemudian diserahkan kepada jabatan berkaitan.

Perbuatan wanita itu tidak dapat difahami oleh orang ramai, namun mereka berpendapat bahawa perbuatannya itu mampu menimbulkan bahaya kepada keselamatan yang sangat ketara.

 

Sumber: Kosmo

Advertisement. Scroll to continue reading.
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like

Uncategorized

NAIROBI, KENYA –  Seorang wanita di  Kajiado, Kenya mengurung dirinya di dalam rumah bersama dua anaknya sebelum membakar kediaman tersebut selepas mendapat tahu bahawa...

Uncategorized

Walaupun sedang menjalani hukuman juvana di sebuah pusat pemulihan, empat pelajar perempuan ini nampaknya masih lagi berkelakuan tidak bermoral. Empat orang pelajar perempuan yang...

Uncategorized

Seorang wanita di Vietnam dilihat hanya tergelak selepas peragut berjaya melarikan diri bersama rantai emas miliknya. Kejadian itu dilaporkan berlaku ketika wanita tersebut sedang...

Uncategorized

Seorang pelajar perempuan telah menjadi mangsa rakannya sendiri apabila dia dikelar. Mangsa telah dikelar dengan menggunakan sejenis pisau dapur. Kejadian ngeri itu telah berlaku...