Connect with us

Hi, what are you looking for?

Kisah MalayaKisah Malaya

Uncategorized

> ‘Pondan’ selamba masuk tandas perempuan, Wanita berniqab risau mahu betulkan tudung

Tular di Twitter, seorang individu mendakwa terdapat sekumpulan wanita transgender masuk ke tandas perempuan tanpa rasa segan silu dan enggan keluar. Hal ini telah mengganggu keselesaan kaum hawa yang lain.

Menerusi ciapan di Twitter, seorang wanita mendakwa dia dan rakannya yang berniqab pernah berdepan dengan sekumpulan transgender semasa rakannya itu mahu membetulkan rambut di dalam tandas.

Saya dengan sopan bertanya kepada sekumpulan wanita transgender supaya mereka keluar dari tandas sebentar kerana kawan saya yang berniqab mahu menanggalkan tudung untuk membetulkan sanggul rambutnya.

Saya memohon maaf berulang kali terlebih dahulu kepada mereka, dengan harapan dia tidak tersalah anggap. Malah saya juga memberitahunya bahawa kami akan melakukannya dengan cepat iaitu kurang daripada tiga minit.

Walau bagaimanapun, kumpulan transgender tersebut tetap berdegil dan turut bertikam lidah dengan wanita tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sebelum saya memintanya keluar, saya menunggu mereka sehingga selesai membetulkan solekan mereka. Sebaik sahaja mereka selesai, mereka sempat berswafoto di hadapan cermin.

Saya bercakap tentang kawan saya yang menjaga auratnya. Awak boleh menukar jantina awak berkali-kali, tetapi jika awak lahir sebagai seorang lelaki, awak adalah lelaki. Aurat kita ada batas. Awak tidak sepatutnya masuk tandas lelaki.

Apa yang lebih parah lagi adalah salah seorang transgender tersebut didakwa bertindak merakam dan berkelakuan biadab terhadap mereka sebelum keluar dari tandas itu.

Wanita berkenaan menyatakan bahawa dia cuma hanya mahu menegakkan hak wanita terutama untuk rakannya yang menitik beratkan tentang aurat dan dia mahu setiap wanita berasa selamat ketika berada di dalam tandas perempuan.

Mengapa perlu ambil hak wanita? Kena tahu batas, terutamanya apabila anda adalah seorang Muslim.

Menjengah ke ruangan komen pula, rata-rata warganet menyokong tindakan wanita tersebut kerana sanggup mempertahankan maruah dan aurat wanita. Dalam pada itu juga, ada yang turut mengecam kumpulan transgender tersebut dan menyifatkan mereka sebagai golongan yang menyusahkan kaum perempuan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: OhBulan, Twitter

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like

Uncategorized

NAIROBI, KENYA –  Seorang wanita di  Kajiado, Kenya mengurung dirinya di dalam rumah bersama dua anaknya sebelum membakar kediaman tersebut selepas mendapat tahu bahawa...

Uncategorized

Walaupun sedang menjalani hukuman juvana di sebuah pusat pemulihan, empat pelajar perempuan ini nampaknya masih lagi berkelakuan tidak bermoral. Empat orang pelajar perempuan yang...

Uncategorized

Seorang wanita di Vietnam dilihat hanya tergelak selepas peragut berjaya melarikan diri bersama rantai emas miliknya. Kejadian itu dilaporkan berlaku ketika wanita tersebut sedang...

Uncategorized

Seorang pelajar perempuan telah menjadi mangsa rakannya sendiri apabila dia dikelar. Mangsa telah dikelar dengan menggunakan sejenis pisau dapur. Kejadian ngeri itu telah berlaku...