Connect with us

Hi, what are you looking for?

Kisah MalayaKisah Malaya

Uncategorized

> [VIDEO] Pukul anjing sampai mati, Dua suspek dikesan

BAYAN LEPAS : Pihak polis sedang mengesan dua orang lelaki yang disyaki menyerang anjing yang terjatuh dari longkang di Kampung Teluk Tempoyak, Batu Maung.

Ia susulan daripada video yang tular di mana terpaparnya dua suspek menyerang sesuatu dipercayai anjing, dalam semak pada waktu malam.

Superintendan Kamarul Rizal Jenal selaku Ketua Polis Daerah Barat Daya berkata, terdahulu, pihaknya mengesan video berkenaan pada 6 petang semalam, yang disiarkan di media sosial.

Kata beliau, video terbabit turut memaparkan keterangan: ‘Tidak cukup dilanggar motosikal, anjing tidak berdosa diseksa dua lelaki durjana sampai mati’.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Lihat video penuh di bawah:

“Menerusi video itu, dilihat dua lelaki sedang menyerang dan memukul sesuatu menggunakan kayu di kawasan semak.

“Saksi kemudian membuat laporan polis bagi siasatan dan tindakan lanjut,” katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini.

Mengulas dengan lebih lanjut Superintendan Kamarul Rizal juga berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku 8.38 malam, Sabtu lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Saksi mendakwa melihat dua suspek lelaki tempatan yang tidak dikenali, dipercayai tinggal berdekatan dengan tempat kejadian.

“Suspek menyerang anjing yang terjatuh dari longkang di tepi jalan dan saksi bertindak merakam perbuatan dua lelaki itu menerusi telefon bimbit miliknya.

“Saksi kemudian menghantar video itu kepada rakan di Petaling Jaya, Selangor sebelum ia ditular rakannya menerusi akaun Twitter menggunakan nama @syhmiee,” katanya lagi.

Menurut Superintendan Kamarul Rizal, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 29(1) Akta Kebajikan Haiwan 2015.

Advertisement. Scroll to continue reading.

 

Sumber: HMetro, Twitter

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like

Uncategorized

NAIROBI, KENYA –  Seorang wanita di  Kajiado, Kenya mengurung dirinya di dalam rumah bersama dua anaknya sebelum membakar kediaman tersebut selepas mendapat tahu bahawa...

Uncategorized

Walaupun sedang menjalani hukuman juvana di sebuah pusat pemulihan, empat pelajar perempuan ini nampaknya masih lagi berkelakuan tidak bermoral. Empat orang pelajar perempuan yang...

Uncategorized

Seorang wanita di Vietnam dilihat hanya tergelak selepas peragut berjaya melarikan diri bersama rantai emas miliknya. Kejadian itu dilaporkan berlaku ketika wanita tersebut sedang...

Uncategorized

Seorang pelajar perempuan telah menjadi mangsa rakannya sendiri apabila dia dikelar. Mangsa telah dikelar dengan menggunakan sejenis pisau dapur. Kejadian ngeri itu telah berlaku...