Connect with us

Hi, what are you looking for?

Kisah MalayaKisah Malaya

Uncategorized

> Seluar dalam tertinggal selepas cuba jeans dalam ‘fitting room’

Tidak pernah langsung dibuat oleh sesiapa, namun begitu kelakuan aneh seorang pelanggan di gedung pakaian bertempat di Hanoi, Vietnam didapati telah meninggalkan seluar dalamnya selepas mencuba sepasang jeans. Perbuatannya itu telah mengundang perhatian ramai warga media sosial.

Insiden itu telah tular di media sosial selepas pekerja kedai berkenaan menyiarkan gambar seluar jeans terbabit bersama dengan seluar dalam untuk mengesan pemiliknya.

Mereka mencari pelanggan wanita yang dipercayai tidak sengaja meninggalkan seluar dalamnya yang bergulung bersama jeans selepas mencuba jeans di kedai itu.

Seluar dalam tersebut ditinggalkan bersama jeans dalam longgokan pakaian yang dicuba pelanggan, malah disifatkan penemuan itu sebagai perkara yang tidak terjangkau dek akal.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Kamu pasti tergesa-gesa. Jangan terkejut dan jangan fikir kami sengaja mencuri seluar dalam kamu.

“Kami belum menjual satu barang pun tapi sudah memperoleh untung,” kata pekerja kedai itu dalam keterangan gambar yang dimuat naik olehnya di media sosial.

Selepas sahaja imej itu disiarkan, pengguna media sosial tertanya-tanya bagaimana wanita itu boleh terlupa seluar dalamnya atau memang sengaja meninggalkannya di kedai itu.

Perkara itu juga menjadi bahan jenaka di media sosial kerana mana mungkin seseorang boleh terlupa akan seluar dalamnya malah tidak mungkin dia tidak menyedari bahawa seluar dalamnya tiada.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Tergesa-gesa sangat ke anda sampai terlupa atau mungkin lebih baik untuk tidak memakainya kerana panas?” sindir seorang netizen di media sisoal.

Seorang lagi netizen mempersoalkan sama ada wanita itu tidak rasa ‘berangin’ tanpa memakai seluar dalam.

“Adakah anda perlu membuangnya selepas mencuba seluar? Tetapi siapa yang akan menjualnya? Dan yang lebih penting, siapa yang berani membelinya?” kata seorang netizen lagi.

 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: HMetro

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like

Uncategorized

NAIROBI, KENYA –  Seorang wanita di  Kajiado, Kenya mengurung dirinya di dalam rumah bersama dua anaknya sebelum membakar kediaman tersebut selepas mendapat tahu bahawa...

Uncategorized

Walaupun sedang menjalani hukuman juvana di sebuah pusat pemulihan, empat pelajar perempuan ini nampaknya masih lagi berkelakuan tidak bermoral. Empat orang pelajar perempuan yang...

Uncategorized

Seorang wanita di Vietnam dilihat hanya tergelak selepas peragut berjaya melarikan diri bersama rantai emas miliknya. Kejadian itu dilaporkan berlaku ketika wanita tersebut sedang...

Uncategorized

Seorang pelajar perempuan telah menjadi mangsa rakannya sendiri apabila dia dikelar. Mangsa telah dikelar dengan menggunakan sejenis pisau dapur. Kejadian ngeri itu telah berlaku...