Connect with us

Hi, what are you looking for?

Kisah MalayaKisah Malaya

Uncategorized

> Patah leher lepas buat cabaran Tiktok

Dikhabarkan sekurang-kurangnya empat orang maut di Alabama, Amerika Syarikat, selepas menyertai satu lagi cabaran TikTok yang membawa maut iaitu dengan aksi melompat dari belakang bot yang sedang bergerak.

Cabaran TikTok membuatkan orang ramai melakukan aksi melompat dari belakang bot berkelajuan tinggi, dengan menggunakan kaki dahulu.

Ada yang melompat ke laut atau tasik, manakala yang lain melakukan aksi backflip.

Kapten Jim Dennis selaku Skuad Penyelamat Childersburg di Alabama mengesahkan bahawa kematian serta-merta empat mangsa terbabit selepas mereka mengalami patah di bahagian leher.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“(Dalam) enam bulan lalu, kami menerima empat kes lemas yang sepatutnya boleh dielakkan kerana mereka melakukan itu akibat pengaruh cabaran TikTok.

“Dalam kes itu empat mangsa ini melompat dari bot menyebabkan mereka patah leher dan kematian serta-merta.

“Saya rasa orang ramai lebih cenderung melakukan sesuatu yang bodoh kerana mereka mahu menunjuk-nunjuk di hadapan rakan mereka untuk dimuat turun dalam media sosial,” kata Kapten Jim Dennis kepada agensi berita di bawah ABC News, WPDE-TV.

Kapten Jim Dennis berkata juga, pada bulan Februari lalu seorang lelaki yang mempunyai isteri dan tiga anak, meninggal dunia dalam insiden yang berpunca daripada hal yang sama.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Katanya lagi, ketika kejadian berlaku, isteri sedang merakam lelaki itu meluncurkan dirinya dari bahagian belakang bot.

WPDE-TV turut melaporkan, insiden terbaharu berlaku pada bulan Mei lalu membabitkan seorang lelaki pertengahan umur.

Terdapat juga dua lagi yang meninggal dunia ketika melakukan cabaran TikTok adalah lelaki.

 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: HMetro

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like

Uncategorized

NAIROBI, KENYA –  Seorang wanita di  Kajiado, Kenya mengurung dirinya di dalam rumah bersama dua anaknya sebelum membakar kediaman tersebut selepas mendapat tahu bahawa...

Uncategorized

Walaupun sedang menjalani hukuman juvana di sebuah pusat pemulihan, empat pelajar perempuan ini nampaknya masih lagi berkelakuan tidak bermoral. Empat orang pelajar perempuan yang...

Uncategorized

Seorang wanita di Vietnam dilihat hanya tergelak selepas peragut berjaya melarikan diri bersama rantai emas miliknya. Kejadian itu dilaporkan berlaku ketika wanita tersebut sedang...

Uncategorized

Seorang pelajar perempuan telah menjadi mangsa rakannya sendiri apabila dia dikelar. Mangsa telah dikelar dengan menggunakan sejenis pisau dapur. Kejadian ngeri itu telah berlaku...