Tidak dinafikan bahawa ada di antara kita yang boleh melihat makhluk ghaib oleh kerana hijabnya yang terbuka.
Ada juga yang tidak dapat melihatnya kerana itu semua adalah kurniaan dari-Nya. Namun, sesiapa yang dapat melihat sudah pasti akan merasa takut dan seram.
Baru-baru ini, tularnya sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang individu terakam sosok lembaga serba hitam di wad hospital telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Menerusi video di atas, kelihatan situasi rakaman yang sedang menunjukkan di sebuah hospital di mana tidak dikenal pasti lokasinya di mana.
Namun begitu, apa yang lebih menyeramkan di dalam video itu adalah apabila terlihat lembaga hitam di sebelah katil pesakit di depannya. Kejadian itu sempat dirakam oleh seorang pesakit di hospital itu.
“Jantung aku terbang bila nampak lembaga hitam” – Netizen.
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 6.7M tontonan, 895.1K tanda suka dan 10.8K komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Sumber: Seismik, Tiktok
