Connect with us

Hi, what are you looking for?

Kisah MalayaKisah Malaya

Uncategorized

> Bayi 6 minggu dicampak dari tingkat 4 ketika kebakaran

Seorang ibu yang terdesak membuat keputusan untuk mencampakkan bayinya yang baru berusia enam minggu dari tingkat empat sebuah apartmen. Dia terpaksa membuat keputusan sedemikian rupa kerana terperangkap dalam satu kebakaran, Rabu lalu.

Rakaman video menunjukkan saat-saat dia melemparkan bayi berusia enam minggu itu. Dia melempar bayinya dari tepi tingkap kepada sekumpulan orang yang berada di tingkat bawah sambil mereka memegang cadar untuk menyambut bayi berkenaan supaya tidak mengalami sebarang kecederaan atau perkara yang tidak diingini.

Kejadian berlaku di sebuah blok kediaman di daerah Yongjia, Wenzhou, wilayah Zhejiang yang bertempat di Beijing.

Kelihatan asap tebal dilihat dari tingkap di belakang wanita tersebut yang sebelum itu melemparkan cadar ke bawah kepada kumpulan individu berkenaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam video itu juga, wanita tersebut dilihat turut mencampak bayinya pada jarak lebih kurang 9.14 meter ke bawah unit apartmennya.

Anggota bomba bergegas datang ke lokasi kebakaran selepas ia berlaku secara tiba-tiba di Jalan Utara Huancheng.

Bayi tersebut dilaporkan selamat dan telah dibawa ke hospital untuk diperiksa sekiranya terdapat sebarang kecederaan. Dia dikatakan berada dalam keadaan sihat manakala pasukan bomba juga dapat menyelamatkan si ibu, nenek, beberapa kanak-kanak serta orang dewasa lain dari bangunan yang terbakar itu.

 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Kosmo

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like

Uncategorized

NAIROBI, KENYA –  Seorang wanita di  Kajiado, Kenya mengurung dirinya di dalam rumah bersama dua anaknya sebelum membakar kediaman tersebut selepas mendapat tahu bahawa...

Uncategorized

Walaupun sedang menjalani hukuman juvana di sebuah pusat pemulihan, empat pelajar perempuan ini nampaknya masih lagi berkelakuan tidak bermoral. Empat orang pelajar perempuan yang...

Uncategorized

Seorang wanita di Vietnam dilihat hanya tergelak selepas peragut berjaya melarikan diri bersama rantai emas miliknya. Kejadian itu dilaporkan berlaku ketika wanita tersebut sedang...

Uncategorized

Seorang pelajar perempuan telah menjadi mangsa rakannya sendiri apabila dia dikelar. Mangsa telah dikelar dengan menggunakan sejenis pisau dapur. Kejadian ngeri itu telah berlaku...