Connect with us

Hi, what are you looking for?

Kisah MalayaKisah Malaya

Uncategorized

> Anak trauma pergi sekolah kerana bibir ‘digigit’ oleh guru

PETALING JAYA : Seorang murid lelaki yang berusia enam tahun berasa trauma setiap kali ke sekolah gara-gara sering ‘digigit’ oleh gurunya.

Perkara itu didedahkan oleh ibunya sendiri melalui hantaran di Facebooknya semalam.

Kata wanita yang menggunakan akaun Eyma Zaideen itu, anaknya sering bertanya soal cuti sekolah dan wajah anak kecil tersebut tidak seceria seperti sebelum ini apabila tiba hari persekolahan.

“Bayangkan setiap kali nak hari Ahad, Abang Cik (anaknya) mengeluh dan akan tanya bila cuti pula mama (Eyma).

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Mama pula jawaplah baru sahaja habis cuti tanya bila cuti lagi budak ini nak kena cubit kat mama ini. Abang Cik pergi sekolah macam biasa setiap kali balik rumah selalu muram macam tak seronok seperti budak lain dan lain sangat muka setiap kali nak pergi dan balik sekolah,” kongsinya.

Tambah wanita itu lagi, pastinya sebagai seorang ibu dia peka dengan perubahan tingkah laku anaknya malah boleh merasakan sesuatu yang tidak baik sedang berlaku kepada anaknya.

“Saya sebagai ibu boleh rasa macam ada sesuatu tak kena sebab Abang Cik jenis tak beritahu apa-apa terjadi dekat sekokah dia jenis pendam orang kacau dia ke apa.

“Pertanyaan Abang Cik ini berlarutan setiap kali nak muka sekolah jadi lama-lama saya macam pelik ada masalah apa anak aku ini setiap kali nak pergi sekolah macam monyok (suram). Jadi balik Abang Cik dari sekolah dengan muka sedih baru lepas menangis, saya tanya kenapa balik menangis ada kawan-kawan buli ke nak tahu apa jawapan dia?,” soal Eyma.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam pada itu juga, Eyma turut terkejut apabila mengetahui hal sebenar yang berlaku kepada anaknya dengan mendakwa seorang guru lelaki tanpa segan silu bertindak menggigit beberapa anggota badan kanak-kanak tersebut.

“Mama Abang Cik tak tahan dah nak pergi sekolah, nak tukar sekolah. Cikgu selalu gigit bibir Abang Cik lepas itu dia tarik panjang-panjang sakit sangat mama. Dah la gigi cikgu kuning dan mulut hitam Abang Cik geli, kadang cikgu gigit telinga dan hidung juga dan hari ini dia gigit bibir dan hidung,” luah kanak-kanak itu.

“Saya terkejut mula-mula tak percaya lepas itu saya tanya abang dan kakak dia yang memang sekolah sama dekat situ, jawapan mereka ya memang ‘Cikgu Nor’ popular dekat sekolah suka gigit orang semua budak-budak tengok dia akan lari ketakutan takut kena pegang dan gigit.

“Ini bukan seorang pendidik gila macam ‘vampire’, ibu bapa lain mungkin boleh senyap, tapi tidak dengan aku, maaf lah tunggu kau ‘Cikgu Nor’,” tegas Eyma di hantaran Facebooknya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sementara itu pula, menerusi hantaran lain yang dimuat naik Eyma, dia mendakwa perbuatan terkutuk guru tersebut tidak hanya berlaku kepada anaknya, malah beberapa murid lain turut menjadi mangsa termasuk kanak-kanak perempuan.

Berikut adalah tangkap layar hantaran daripada Eyma di Facebook:

 

Sumber: Kosmo, Facebook Eyma Zaideen

Advertisement. Scroll to continue reading.
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like

Uncategorized

NAIROBI, KENYA –  Seorang wanita di  Kajiado, Kenya mengurung dirinya di dalam rumah bersama dua anaknya sebelum membakar kediaman tersebut selepas mendapat tahu bahawa...

Uncategorized

Walaupun sedang menjalani hukuman juvana di sebuah pusat pemulihan, empat pelajar perempuan ini nampaknya masih lagi berkelakuan tidak bermoral. Empat orang pelajar perempuan yang...

Uncategorized

Seorang wanita di Vietnam dilihat hanya tergelak selepas peragut berjaya melarikan diri bersama rantai emas miliknya. Kejadian itu dilaporkan berlaku ketika wanita tersebut sedang...

Uncategorized

Seorang pelajar perempuan telah menjadi mangsa rakannya sendiri apabila dia dikelar. Mangsa telah dikelar dengan menggunakan sejenis pisau dapur. Kejadian ngeri itu telah berlaku...