Connect with us

Hi, what are you looking for?

Kisah MalayaKisah Malaya

Uncategorized

> Tetap ‘makan luar’ walaupun sudah beristeri dua

Seorang wanita berasa amat kecewa terhadap perbuatan suaminya yang sering ‘makan luar’ walaupun hidup mewah ditanggung oleh isteri-isterinya.

“Sampai di sini hubungan kami. Saya tidak cukup cantik, sebab itu dia (suami) curang. Saya tidak pandai maki hamun. Apabila saya dapat tahu, saya cuma terdiam dan terkejut dengan apa yang dia lakukan.

“Saya cantik, pandai cari duit. Tetapi, semua itu tidak cukup untuk pastikan suami setia bersama hingga akhir hayat,” kata wanita tersebut dalam sebuah hantaran di Facebook.

Menurut wanita itu juga, dia telah memberikan dua buah kereta, dua keping kad bank dan wang tunai sebanyak RM8,000 sebulan kepada suaminya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Sebenarnya, selama ini, saya yang tidak membenarkan suami bekerja. Saya perlukan dia (suami) disamping saya sebagai peneman.

“Saya tak tahu apa nak cakap. Dia (suami) ada isteri pertama yang sangat tabah. Suami juga ada saya sebagai isteri kedua yang rajin mencari duit sendiri. Apa lagi yang kau mahukan wahai suami,” luah wanita itu lagi.

Meninjau ke ruangan komen pula, rata-rata pembaca bersetuju wanita tersebut mungkin terlalu ‘memanjakan’ suaminya sehinggakan dia berani untuk keluar dengan wanita lain.

“Mungkin ramai perempuan nampak dia hidup mewah. Sebab itu, ramai ‘penyondol’ ambil kesempatan. Moga dipermudahkan segala urusan awak ya,” komen Rania.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Mungkin ada silap di mana-mana. Kaum lelaki ini, kita kena biarkan dia rasa susah, bukannya letak bawah ketiak kita,” komen Chazy.

“Sebenarnya, saya tumpang gembira untuk awak. Sekarang, awak dah lepas daripada tanggungjawab bela biawak hidup. Lebih baik gunakan harta yang ada untuk tunaikan umrah atau haji. Boleh juga gunakan duit untuk bersedekah,” komen Seri.

Hantaran tersebut telah menerima banyak tanda suka dan komen.

 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Kosmo

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like

Uncategorized

NAIROBI, KENYA –  Seorang wanita di  Kajiado, Kenya mengurung dirinya di dalam rumah bersama dua anaknya sebelum membakar kediaman tersebut selepas mendapat tahu bahawa...

Uncategorized

Walaupun sedang menjalani hukuman juvana di sebuah pusat pemulihan, empat pelajar perempuan ini nampaknya masih lagi berkelakuan tidak bermoral. Empat orang pelajar perempuan yang...

Uncategorized

Seorang wanita di Vietnam dilihat hanya tergelak selepas peragut berjaya melarikan diri bersama rantai emas miliknya. Kejadian itu dilaporkan berlaku ketika wanita tersebut sedang...

Uncategorized

Seorang pelajar perempuan telah menjadi mangsa rakannya sendiri apabila dia dikelar. Mangsa telah dikelar dengan menggunakan sejenis pisau dapur. Kejadian ngeri itu telah berlaku...