Seorang wanita yang juga merupakan jurusolek mendakwa adik lelakinya pernah dipukul oleh bekas isterinya sehingga menerima dua jahitan di bahagian bibir.
Lihat video penuh di bawah:
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, memaparkan wanita tersebut menangis teresak-esak sambil memeluk adiknya selepas dia terkejut melihat wajah adiknya yang cedera didakwa dipukul oleh isterinya.
Susulan daripada kejadian itu, dia telah membawa adiknya ke klinik untuk mendapatkan rawatan lanjut akibat kecederaan yang dialami.

Tangkap layar laporan yang telah dibuat di balai polis.
Bercerita tentang perkara sebenar, sebelum ini dia dan bekas adik iparnya sangat rapat namun perhubungan mereka renggang sejak bulan Ramadan yang lalu.
Tiba-tiba masa bulan puasa, bila aku WhatsApp dia kata dia sibuk dan senyap terus. Selepas hari raya, adik aku datang dengan muka pecah.
Setelah berjaya dihubungi, bekas adik ipar wanita berkenaan berkata punca perpisahan mereka adalah kerana faktor kewangan dan tidak mahu hidup susah. Mereka akhirnya berpisah selepas hari raya.
Dia jawab, dia dah tak nak hidup susah dengan adik aku.
Berdasarkan laporan polis yang telah dibuat, kecerderaan yang dilakukan oleh adik ipar wanita tersebut kerana berlaku pertengkaran ekoran adiknya mendakwa dia terdengar isterinya sedang bercakap telefon dengan seorang lelaki.
Isterinya kemudian berang lalu bertindak kasar dengan memukul dan mencederakannya menggunakan telefon bimbit.
Difahamkan selepas bercerai pasangan itu juga sering berbalah tentang tanggungjawab terhadap anak-anak mereka.
Tidak tahan dengan apa yang menimpa adiknya, wanita tersebut juga memohon agar bekas adik iparnya itu tidak lagi mengganggu atau memuat naik tentang mereka di media sosial.
Sumber: OhBulan, Tiktok
