Connect with us

Hi, what are you looking for?

Kisah MalayaKisah Malaya

Uncategorized

> Mayat tanpa identiti, Leher diikat batu ditemui terapung

BATU KAWAN : Mayat tanpa identiti telah ditemui dalam keadaan terapung di laut berhampiran Jeti Bagan Bukit Tambun pada jam 11.45 pagi Jumaat.

Superintenden Ng Ah Thiam selaku Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan berkata, pihak polis yang menerima laporan mengenai penemuan itu terus bergegas ke lokasi kejadian untuk lakukan siasatan lanjut.

Menurut beliau, hasil siasatan awal mendapati bahawa tangan, kaki dan leher mayat tersebut dalam keadaan terikat dengan tali bersama sebongkah batu di muara sungai.

“Pemeriksaan pada mayat juga menemui kesan terbelah di bahagian perut mangsa dipercayai dicederakan dengan menggunakan senjata tajam.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Mangsa memakai baju berkolar, berlengan pendek berwarna merah dan seluar boxer berwarna hitam. Setakat ini identiti mangsa masih lagi belum diketahui,” kata Superintenden Ng Ah Thiam dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Kata beliau juga, mayat mangsa telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sungai Bakap untuk dibedah siasat.

“Orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kes ini atau ahli keluarga yang hilang diminta untuk segera tampil memberi keterangan atau menghubungi pegawai penyiasat kanan, Asisten Superintenden Mohd Hafiz Mohd Noor di talian 019-465 0777 atau hotline Polis SPS (04-5858222) atau Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang (04-2221522) atau mana-mana balai polis yang berdekatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” kata Superintenden Ng Ah Thiam.

Advertisement. Scroll to continue reading.

 

Sumber: Sinar Harian

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like

Uncategorized

NAIROBI, KENYA –  Seorang wanita di  Kajiado, Kenya mengurung dirinya di dalam rumah bersama dua anaknya sebelum membakar kediaman tersebut selepas mendapat tahu bahawa...

Uncategorized

Walaupun sedang menjalani hukuman juvana di sebuah pusat pemulihan, empat pelajar perempuan ini nampaknya masih lagi berkelakuan tidak bermoral. Empat orang pelajar perempuan yang...

Uncategorized

Seorang wanita di Vietnam dilihat hanya tergelak selepas peragut berjaya melarikan diri bersama rantai emas miliknya. Kejadian itu dilaporkan berlaku ketika wanita tersebut sedang...

Uncategorized

Seorang pelajar perempuan telah menjadi mangsa rakannya sendiri apabila dia dikelar. Mangsa telah dikelar dengan menggunakan sejenis pisau dapur. Kejadian ngeri itu telah berlaku...