Connect with us

Hi, what are you looking for?

Kisah MalayaKisah Malaya

Uncategorized

> Terpaksa berjalan 10KM ke hospital, Anak meninggal dalam pangkuan

JAKARTA- Kisah sedih mengenai pasangan suami isteri di Desa Muara Karang di Sumatera Selatan yang terpaksa berjalan kaki sejauh 10 kilometer merentasi kawasan hutan untuk membawa anak perempuan mereka yang sakit ke hospital telah mendapat perhatian media baru-baru ini.

Pasangan tersebut iaitu Marthadinata dan Rika berdepan saat yang sangat memilukan apabila anak mereka yang baru berusia empat tahun itu dilaporkan meninggal dunia dalam pelukan sebelum sempat mendapatkan rawatan lanjut.

Marthadinata berkata, anaknya, Meilani mengadu sakit perut dan mengalami muntah-muntah ketika waktu tengah malam pada Isnin lalu. hal itu menyebabkan badan anaknya menjadi lesu dan lemah.

Tanpa berfikir panjang, Marthadinata dan Rika terus keluar dengan hanya berbekalkan lampu suluh dan terpaksa berjalan lebih daripada satu jam untuk membawa Meilani ke pusat kesihatan yang berhampiran.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Lokasi tempat tinggal kami sukar dicapai oleh kenderaan dan sukar mendapat isyarat telefon. Saya dan isteri terpaksa berjalan dari arah Kampung Muara Karang menuju ke daerah Pendopo untuk membawa anak kami ke hospital.

“Saya sudah tidak memikirkan risiko bertemu haiwan buas atau bahaya lain. Saya hanya mahu mendapatkan rawatan untuk Meilani ketika itu.

“Bagaimanapun, ketika dalam perjalanan, Meilani terus muntah-muntah hingga sudah terlambat untuk mendapatkan bantuan apabila saya menyedari dia sudah tidak bernyawa dipangkuan saya,” katanya.

Seorang pegawai peronda dari Balai Polis Pendopo yang terlihat pasangan itu turut membantu menghantar mereka pulang dan jenazah Meilani dilaporkan selamat dikebumikan pada Selasa lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

 

Sumber: Utusan Malaysia

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like

Uncategorized

NAIROBI, KENYA –  Seorang wanita di  Kajiado, Kenya mengurung dirinya di dalam rumah bersama dua anaknya sebelum membakar kediaman tersebut selepas mendapat tahu bahawa...

Uncategorized

Walaupun sedang menjalani hukuman juvana di sebuah pusat pemulihan, empat pelajar perempuan ini nampaknya masih lagi berkelakuan tidak bermoral. Empat orang pelajar perempuan yang...

Uncategorized

Seorang wanita di Vietnam dilihat hanya tergelak selepas peragut berjaya melarikan diri bersama rantai emas miliknya. Kejadian itu dilaporkan berlaku ketika wanita tersebut sedang...

Uncategorized

Seorang pelajar perempuan telah menjadi mangsa rakannya sendiri apabila dia dikelar. Mangsa telah dikelar dengan menggunakan sejenis pisau dapur. Kejadian ngeri itu telah berlaku...