Setia ataupun curang adalah pilihan. Ianya bukanlah bergantung pada lelaki atau perempuan tapi bergantung pada akal fikiran yang diberikan Tuhan.
Setiap pilihan itu risikonya tetap ada. Kifarah tetap ada atas kebaikan atau kejahatan yang kita lakukan. Manusia diberi akal untuk berfikir dan membuat pilihan yang bijak.
Mereka yang memilih untuk curang bukan disebabkan pasangan tidak pandai menjaganya tetapi mereka tidak tahu apa itu setia. Pasangan mereka kerja bagus mana pun, baik mana pun, ‘lawa’ dan handsome mana pun, badan solid atau ‘sado’ pun kalau nak curang tetaplah curang. Dijaga baik macam mana pun, bila wujudnya orang ketiga pasangannya tetap salah dimata mereka.
Apabila akad telah dilafaz bererti kita telah berjanji dengan ALLAH untuk terima baik buruk, segala keburukan dan kelemahan pasangan. Kebanyakan orang yang curang sebenarnya tidak tahu bersyukur.
Mempersia-siakan pasangan, menciptakan pelbagai alasan untuk curang adalah sesuatu yang menyakitkan. Memang sakit apabila dicurangi, apabila diperbodohkan dari belakang namun apakan daya perlu terima segala ujian ini dengan reda. Kebanyakan yang tetap bertahan dan sabar adalah mereka yang terlalu sayang akan pasangannya.
Tidak perlu berebut-rebut. Orang yang sudah biasa curang, bagi peluang dua tiga kali pun akan tetap sama. Ada yang halal masih juga mahu yang haram. Percayalah, setiap pengkhianatan pasti ada kifarahnya.
Suami orang, isteri orang suka luah masalah rumahtangga pada orang lain. Bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi.
Bila dapat kenal yang baru, tahi pun dikatanya wangi. Langau sudah jumpa sampah begitulah kejadiannya. Syaitan kalau dah berjaya menghasut akan bertepuk tangan, manusia dapat dosanya. Apa pun alasan yang diberi semua itu hanyalah untuk menutup kecurangan.
Dah berpunya tetapi tetap melayan, dah tersuka dikatanya takdir. Curang itu pilihan, berkahwin pun pilihan, menjadi perosak rumah tangga orang dan menjadi penyondol tidak rela juga satu pilihan. Tiada kesilapan dalam Dunia ini, semuanya adalah pilihan.
Kesimpulannya, kecurangan itu tetap salah dan tiada sebarang alasan yang boleh diterima untuk seseorang itu curang. Ramai yang curang kemudian mengatakan pasangan sudah kurang cantik, tiada nafsu, terlalu tinggi nafsunya dan macam-macam lagi bahkan ada yang sanggup mengutuk paras rupa pasangan masing-masing. Terimalah pasangan kamu seadanya maka akan bahagialah kamu sampai hujung nyawa.
Sumber: Info Rakyat
