Nasi lemak merupakan makanan sarapan utama yang popular bagi rakyat Malaysia tidak kiralah apa pun bangsa mereka.
Kadangkala kalau tidak dapat makan nasi lemak pada waktu pagi rasa macam tidak lengkap betul tak? Ditambah pula dengan minum teh tarik, teh o panas ataupun kopi panas memang kombinasi yang lazat sekali.
Oleh itu, pada masa kini, kita boleh lihat penjual nasi lemak di tepi jalan sudah semakin bertambah jumlahnya malah ada yang turut viral juga di Tiktok. Cuma bezanya ada yang sedap dan ada juga kurang sedap. Sebagai peniaga, kita perlulah meniaga dengan penuh ikhlas kerana kita menjual makanan. Kebersihan juga amat penting dalam sesebuah perniagaan untuk menjamin pelanggan tetap setia membeli.
Berbeza pula dengan video di TikTok ini apabila seorang wanita meluahkan rasa loya dan gelinya selepas membeli nasi lemak di sebuah gerai telah mendapat perhatian ramai.
Lihat video itu di bawah:
Berdasarkan video tersebut, wanita itu telah membeli nasi lemak dan makan di rumah. Difahamkan, dia telah membeli sebungkus nasi lemak yang tidak dikenal pasti lokasinya di mana.
Namun begitu, dia terkejut apabila membuka bungkusan nasi lemak tersebut kerana terlihat seekor cicak di dalamnya yang sudah mati.
Lebih menggelikan lagi, saiz cicak tersebut yang besar betul-betul berada di atas nasi lemak. Situasi itu membuatkan wanita berkenaan merasa geli dan meluahkan rasa kecewanya terhadap peniaga nasi lemak itu.
“Tak kan tak perasan langsung weh” – Netizen
Dalam pada itu juga, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut geli melihat video berkenaan.
Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 887.3K views, 24.4K likes dan 4,113 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:
Sumber: Seismik, Tiktok @ffaateha
