Seorang wanita terkejut kerana menemui seekor ‘ulat’ di dalam kuah kari ketika sedang menjamu selera di sebuah restoran mamak baru-baru ini.
Menerusi video yang dikongsikan oleh pengguna laman sosial TikTok, wanita berkenaan hanya menyedari bendasing itu selepas roti canainya habis dan kuah kari juga berbaki lagi sedikit.
Lihat video di bawah:
Wanita itu hanya mampu tersenyum reda sambil menahan rasa loya setelah mengetahui ulat berada di dalam makanannya.
“Pelajaran hari ini. Walau apa pun tetap rezeki,” tulis pengguna yang menggunakan akaun @alissya.
Daripada komentar orang ramai, kejadian itu dikatakan berlaku di sebuah restoran mamak di Shah Alam, namun tidak dapat dipastikan lokasi sebenarnya di mana.
Meninjau ke ruangan komen, ada yang memberitahu pernah berdepan pengalaman sama ketika makan di restoran mamak.
Ada juga yang mengatakan bahawa kualiti kebersihan restoran mamak sangat tidak memuaskan seperti dahulu lagi.
“Sebab inilah aku tak berani makan dekat mamak, last aku makan dekat nasi ada ulat,” komen @Nemm ft. Kimm
“Aku pun pernah kena. Beli tapau mee goreng mamak sekali dpt mee goreng kumbang. Dah lah aku makan separuh dah masa tu. Lepastu auto tak pergi mamak dah,” komen @yaya pula.
“Jangan makan mamak do sekarang banyak tak bersih,” kata @Mohamad Farid18.
Sumber: Info Rakyat
