Connect with us

Hi, what are you looking for?

Kisah MalayaKisah Malaya

Uncategorized

> Jari manusia ‘sesat’ dalam sup sayur

Terkejut apabila melihat jari manusia ada di dalam sup sayur. Misteri penemuan potongan jari manusia dalam sup sayur berlaku di Nusa Tenggara Timur, Indonesia masih belum terungkai biarpun kejadian itu sudah berlaku hampir seminggu yang lalu.

Lapor CNN Indonesia, pihak berkuasa masih lagi gagal mengenal pasti identiti pemilik jari tersebut walaupun beberapa saksi telahpun disoal siasat.

Baru-baru ini, Djafar Awad Alkatiri selaku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Belu berkata, potongan jari itu ditemukan di dalam tauhu dalam sup sayur tersebut.

Kata beliau, perkara itu diketahui selepas meneliti laporan penduduk yang bernama Petrus Watu yang membuat aduan mengenai kejadian itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurut Djafar, berdasarkan keterangan Petrus, potongan jari itu ditemukan ketika dia sedang menikmati tauhu dalam sup sayur tersebut.

“Terdapat campuran sayur, tempe dan tauhu yang dimasak dalam sup sayur itu.

“Apabila Petrus sedang menikmati tauhu dalam hidangan sup itu, dia menemukan potongan jari manusia,” kata Djafar.

Jelas Djafar lagi, pihaknya masih lagi menjalankan siasatan berhubung dengan penemuan potongan jari dalam sup sayur tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kata beliau juga, siasatan sebelum ini hanya tertumpu pada pekerja yang bekerja di warung makan atau kilang memproses tauhu.

Bagaimanapun, katanya lagi, hasil siasatan di kedua-dua lokasi mendapati bahawa tiada pekerja yang mengalami kecederaan jari mahupun kes kemalangan tempat kerja dilaporkan.

Potongan jari itu telah disimpan di bilik mayat Hospital Titus Uly.

 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Info Rakyat

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like

Uncategorized

NAIROBI, KENYA –  Seorang wanita di  Kajiado, Kenya mengurung dirinya di dalam rumah bersama dua anaknya sebelum membakar kediaman tersebut selepas mendapat tahu bahawa...

Uncategorized

Walaupun sedang menjalani hukuman juvana di sebuah pusat pemulihan, empat pelajar perempuan ini nampaknya masih lagi berkelakuan tidak bermoral. Empat orang pelajar perempuan yang...

Uncategorized

Seorang wanita di Vietnam dilihat hanya tergelak selepas peragut berjaya melarikan diri bersama rantai emas miliknya. Kejadian itu dilaporkan berlaku ketika wanita tersebut sedang...

Uncategorized

Seorang pelajar perempuan telah menjadi mangsa rakannya sendiri apabila dia dikelar. Mangsa telah dikelar dengan menggunakan sejenis pisau dapur. Kejadian ngeri itu telah berlaku...