Tidak dinafikan bahawa jenama mewah telah menjadi idaman orang ramai kerana design dan kualitinya yang tidak boleh diperkatakan.
Semestinya barangan mewah mempunyai harga yang jauh lebih mahal berbanding dengan barangan yang lain. Tidak semua orang mampu untuk membeli dan memiliki barangan seperti itu.
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang lelaki memakai pakaian serba jenama mewah telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Dari atas sampai ke bawah semuanya jenama mewah, siap pakai gelang emas lagi tu.
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang lelaki sedang bersiar-siar di sebuah pusat beli-belah yang tidak dikenal pasti di mana.
Apa yang lebih menarik perhatian netizen adalah apabila dia dilihat memakai baju mewah pada seluruh badannya daripada topi hingga ke kasut. Semuanya merupakan barangan mewah yang ternyata mahal.
Topi yang dipakai adalah merupakan jenama Balenciaga yang berharga RM2K. Dia juga memakai sweater Armani Exchange yang berharga RM2K, beg Gucci yang berharga RM10K, kasut Balmain RM7K, beg sling Gucci yang berharga RM5K dan gelang emas yang mempunyai nilai keseluruhan sebanyak RM50K.
“Kaya tapi tak ada taste dalam styling pun tak boleh jugak” – Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 2.2M views, 5707K retweets dan 6K likes di Twitter, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di Twitter:
Sumber: Seismik, Twitter MALAYSIA MOST VIRAL
