Connect with us

Hi, what are you looking for?

Kisah MalayaKisah Malaya

Uncategorized

> Bayar ‘200K’ supaya video bogel tidak tersebar

IPOH: Disebabkan terlalu bimbang akan gambar dan video bogelnya tersebar, seorang lelaki mengalami kerugian sebanyak RM200,000 selepas menjadi mangsa pemerasan seorang wanita yang dikenalinya melalui Facebook (FB).

Datuk Mohd Yusri Hassan Basri selaku Ketua Polis Perak berkata, laporan diterima daripada mangsa yang hanya bekerja sebagai seorang mekanik. Laporan tersebut telah diterima pada jam 1.49 tengah hari, menyatakan dia diugut oleh suspek supaya menyerahkan wang kepadanya.

Kata beliau, hasil soal siasat yang telah dijalankan mendapati mangsa hanya mengenali suspek melalui FB sebelum diminta menerima panggilan video yang mana mangsa mendapati suspek dalam keadaan berbogel selain melakukan aksi ghairah yang menggoda.

Katanya, mangsa yang terpengaruh dengan aksi ghairah suspek kemudiannya turut sama berbogel dan melakukan perkara yang tidak senonoh tanpa menyedari aksinya dirakam oleh suspek.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Mangsa hanya menyedari perkara itu selepas suspek menghantar rakaman kepadanya sejurus panggilan video ditamatkan.

“Suspek menyatakan sekiranya mangsa enggan membayar, dia akan menyebarkan video itu,” katanya menerusi kenyataan.

Menurutnya juga, mangsa kemudiannya melakukan pemindahan wang sebanyak 38 kali secara perbankan atas talian ke dalam lima akaun bank yang berbeza.

“Mangsa dianggarkan mengalami kerugian sebanyak RM200,000 melalui pemerasan itu,” katanya lagi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mohd Yusri juga berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan dan polis menasihatkan orang ramai di luar sana supaya tidak mudah terpedaya dengan individu yang baru dikenali terutamanya melalui media sosial sehingga boleh mempengaruhi melakukan perkara di luar dugaan, seterusnya menjadi mangsa jenayah pemerasan.

 

Sumber: HMetro

Advertisement. Scroll to continue reading.
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like

Uncategorized

NAIROBI, KENYA –  Seorang wanita di  Kajiado, Kenya mengurung dirinya di dalam rumah bersama dua anaknya sebelum membakar kediaman tersebut selepas mendapat tahu bahawa...

Uncategorized

Walaupun sedang menjalani hukuman juvana di sebuah pusat pemulihan, empat pelajar perempuan ini nampaknya masih lagi berkelakuan tidak bermoral. Empat orang pelajar perempuan yang...

Uncategorized

Seorang wanita di Vietnam dilihat hanya tergelak selepas peragut berjaya melarikan diri bersama rantai emas miliknya. Kejadian itu dilaporkan berlaku ketika wanita tersebut sedang...

Uncategorized

Seorang pelajar perempuan telah menjadi mangsa rakannya sendiri apabila dia dikelar. Mangsa telah dikelar dengan menggunakan sejenis pisau dapur. Kejadian ngeri itu telah berlaku...