Connect with us

Hi, what are you looking for?

Kisah MalayaKisah Malaya

Uncategorized

> Wanita disamun, Cedera dilibas dengan parang

KOTA TINGGI: Seorang wanita mengalami kecederaan pada bahagian dagunya akibat dilibas dengan parang dalam kejadian samun yang berlaku di rumahnya di  Felda Air Tawar 4.

Superintenden Hussin Zamora selaku Ketua Polis Daerah Kota Tinggi berkata, ketika kejadian mangsa yang berusia dalam lingkungan 50-an itu hanya tinggal bersendirian di rumah.

“Kejadian berlaku pada pukul 12.40 tengah hari semasa mangsa tidur di bilik, suspek bertopeng telah masuk ke dalam rumah dengan membawa sebilah parang dan cuba menekup mangsa sehingga terjatuh ke lantai.

“Lalu berlaku pergelutan sehingga suspek bertindak melibas parang dan terkena bahagian dagu mengakibatkan mangsa mengalami kecederaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Ketika kejadian suspek sempat merentap seutas rantai tangan emas yang dipakai oleh mangsa lalu terus melarikan diri. Mangsa mengalami kerugian lebih kurang RM3,000,” kata Superintenden Hussin Zamora dalam satu kenyataan.

Sekiranya orang ramai mempunyai maklumat mengenai suspek, mohon berikan kerjasama untuk menyalurkan bantuan dan menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Esmal Fhahmie Abd. Malek menerusi talian 017-7183778 atau menghubungi Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi menerusi talian 07-8831222 atau di mana-mana balai polis yang berhampiran.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh didenda atau disebat, jika disabitkan kesalahan.

 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Utusan Malaysia

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like

Uncategorized

NAIROBI, KENYA –  Seorang wanita di  Kajiado, Kenya mengurung dirinya di dalam rumah bersama dua anaknya sebelum membakar kediaman tersebut selepas mendapat tahu bahawa...

Uncategorized

Walaupun sedang menjalani hukuman juvana di sebuah pusat pemulihan, empat pelajar perempuan ini nampaknya masih lagi berkelakuan tidak bermoral. Empat orang pelajar perempuan yang...

Uncategorized

Seorang wanita di Vietnam dilihat hanya tergelak selepas peragut berjaya melarikan diri bersama rantai emas miliknya. Kejadian itu dilaporkan berlaku ketika wanita tersebut sedang...

Uncategorized

Seorang pelajar perempuan telah menjadi mangsa rakannya sendiri apabila dia dikelar. Mangsa telah dikelar dengan menggunakan sejenis pisau dapur. Kejadian ngeri itu telah berlaku...