Connect with us

Hi, what are you looking for?

Kisah MalayaKisah Malaya

Uncategorized

> [VIDEO] Lelaki tak berbaju main loceng pagi-pagi buta siap bentang tilam

Seorang wanita yang merupakan pemilik sebuah rumah meluahkan rasa risaunya dengan memuat naik rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan seorang lelaki yang didakwa berkelakuan aneh di hadapan pintu rumahnya pada awal pagi.

Kejadian yang berlaku pada pukul 4 pagi itu difahamkan berlaku di sebuah rumah kedai yang terletak di Damansara Damai, Petaling Jaya.

“Pukul 4 pagi tekan loceng rumah orang dah kenapa? Dengan pakai macam itu je.

“Ya Allah bahayanya orang macam ini, risau dibuatnya.

Lihat video dibawah:

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menerusi rakaman CCTV yang dimuat naik di TikTok milik wanita itu, dilihat lelaki tersebut datang dari tingkat bawah rumah kedai dalam keadaan tidak berbaju sambil membawa tilam.

Lelaki yang berseluar pendek itu kemudian menaiki tangga berhadapan unit rumah wanita tersebut lalu membentangkan tilam di kawasan tersebut. Kemudiannya, dia dilihat menekan loceng rumah wanita berkenaan sebelum turun dari tangga.

Walau bagaimanapun, sehingga sekarang masih belum ada maklumat tentang identiti lelaki itu.

Menjengah ke ruangan komen pula, rata-rata warganet menasihati wanita berkenaan untuk membuat laporan polis demi keselamatannya ekoran lelaki tersebut telah menjadikan rumahnya sebagai sasaran dan berkemungkinan akan bertindak lebih berani di lain hari.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam pada itu juga, mereka turut mencadangkan agar wanita tersebut sentiasa menyimpan botol semburan lada di rumahnya sebagai pelindungan diri jika berlaku perkara yang tidak diingini seperti ini lagi.

Antara komen warganet:

 

Sumber: Oh Bulan

Advertisement. Scroll to continue reading.
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like

Uncategorized

NAIROBI, KENYA –  Seorang wanita di  Kajiado, Kenya mengurung dirinya di dalam rumah bersama dua anaknya sebelum membakar kediaman tersebut selepas mendapat tahu bahawa...

Uncategorized

Walaupun sedang menjalani hukuman juvana di sebuah pusat pemulihan, empat pelajar perempuan ini nampaknya masih lagi berkelakuan tidak bermoral. Empat orang pelajar perempuan yang...

Uncategorized

Seorang wanita di Vietnam dilihat hanya tergelak selepas peragut berjaya melarikan diri bersama rantai emas miliknya. Kejadian itu dilaporkan berlaku ketika wanita tersebut sedang...

Uncategorized

Seorang pelajar perempuan telah menjadi mangsa rakannya sendiri apabila dia dikelar. Mangsa telah dikelar dengan menggunakan sejenis pisau dapur. Kejadian ngeri itu telah berlaku...