Connect with us

Hi, what are you looking for?

Kisah MalayaKisah Malaya

Uncategorized

> Tikam paha isteri kerana jual ‘gado-gado’ terlalu murah

Seorang lelaki di Palembang, Indonesia ditahan oleh pihak polis selepas menikam paha isterinya. Hal ini berpunca daripada isterinya menjual ‘gado-gado’ pada harga yang terlalu murah.

Sudarmanto yang berusia 36 tahun, nekad untuk menikam paha belah kanan isterinya dengan menggunakan pisau kerana menjual hidangan gado-gado berharga 5,000 rupiah atau RM1.55 di kawasan kejiranannya.

Cici Maretri Sianipar selaku Ketua Unit Perlindungan Wanita dan Kanak-Kanak (PPA) berkata, suspek telah ditahan selepas aduan polis dibuat pada 9 jun lalu.

“Kami menahan suspek selepas menerima aduan daripada mangsa. Suspek marah kerana mangsa menjual gado-gado pada harga 5,000 rupiah (RM1.55) bukan 10,000 rupiah (RM3.10) seperti yang diminta,” kata Cici pada Jumaat lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kejadian bermula selepas mangsa yang baru sahaja pulang dari menghantar barang dagangan ke rumah sebelah dimarah suspek.

Mangsa segera masuk ke ruang dapur untuk mencuci pinggan. Suspek kemudian menendang baldi berdekatan isterinya dan memukul kepala mangsa.

Bukan itu sahaja, suspek turut mengambil sebilah pisau yang tajam dan mengacukan ke perut mangsa.

Akibat berasa tidak puas hati, suspek turut mengejar mangsa yang lari keluar dari rumah dan segera menikam paha kanan mangsa.

Advertisement. Scroll to continue reading.

 

Sumber: Kosmo

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like

Uncategorized

NAIROBI, KENYA –  Seorang wanita di  Kajiado, Kenya mengurung dirinya di dalam rumah bersama dua anaknya sebelum membakar kediaman tersebut selepas mendapat tahu bahawa...

Uncategorized

Walaupun sedang menjalani hukuman juvana di sebuah pusat pemulihan, empat pelajar perempuan ini nampaknya masih lagi berkelakuan tidak bermoral. Empat orang pelajar perempuan yang...

Uncategorized

Seorang wanita di Vietnam dilihat hanya tergelak selepas peragut berjaya melarikan diri bersama rantai emas miliknya. Kejadian itu dilaporkan berlaku ketika wanita tersebut sedang...

Uncategorized

Seorang pelajar perempuan telah menjadi mangsa rakannya sendiri apabila dia dikelar. Mangsa telah dikelar dengan menggunakan sejenis pisau dapur. Kejadian ngeri itu telah berlaku...