Connect with us

Hi, what are you looking for?

Kisah MalayaKisah Malaya

Uncategorized

> Pencari madu meninggal atas pokok, Berjaya diturunkan selepas 7 jam

PASIR PUTEH- Anggota pasukan Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Puteh menggunakan kaedah ‘hightline rescue’ dan sistem takal untuk membawa turun pencari madu yang meninggal di atas pokok tualang di hutan Kampung Cabang Tongkat.

Dalam kejadian jam 12.30 tengah hari itu, Che Hussin Hassan yang berumur 62 tahun, dipercayai telah tersangkut dan tidak sedarkan diri ketika berada di atas pokok. pokok yang dipanjatnya itu adalah setinggi kira-kira 60 meter dan dipanjat untuk mendapatkan madu.

Jainal @ Zainal Madasin selaku Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian tersebut pada jam 1.09 tengah hari.

Kata Jainal @ Zainal Madasin, seramai 17 pegawai dan anggota terbabit dalam operasi membawa turun mangsa yang diketuai oleh Ketua Balai BBP Pasir Puteh, Penolong Penguasa Bomba, Azhar Elmi Mustofar dan Pegawai Bomba Kanan I, Tuan Mohd Sukri Tuan Hassan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selain itu juga, 10 anggota, dua pasukan bomba sukarela (PBS) serta tiga lagi anggota pelepasan daripada pasukan Amanah, BBP Pasir Puteh turut bergegas ke lokasi kejadian.

“Ketika hadir ke lokasi, benar didapati mangsa tersangkut pada pokok dengan ketinggian 60 meter.

“Komander operasi membuat ‘sizeup’ bagi memastikan kawasan selamat dan mengarahkan anggota membuat sistem 3:1 bagi menurunkan mangsa,” katanya dalam kenyataan.

Dalam pada itu juga, Azhar Elmi Mustofar berkata, kaedah ‘hightline rescue’ dan sistem takal digunakan untuk menurunkan mangsa telah mengambil masa selama lebih daripada tujuh jam.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kata beliau juga, sebaik sahaja dibawa turun, mangsa yang tidak sedarkan diri terus menjalani pemeriksaan lanjut sebelum disahkan meninggal oleh pihak kesihatan pada jam 7.20 malam.

“Operasi tamat sepenuhnya pada jam 8.14 malam termasuk membawa keluar mayat mangsa untuk diserahkan kepada pihak polis,” katanya lagi.

Operasi turut membabitkan seramai 23 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta seramai 25 orang awam.

Sementara itu pula, Superintendan Zaizul Rizal Zakaria selaku Ketua Polis Daerah ketika dihubungi, mengesahkan bahawa laporan kejadian telah diterima.

Advertisement. Scroll to continue reading.

 

Sumber: Berita Harian

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like

Uncategorized

NAIROBI, KENYA –  Seorang wanita di  Kajiado, Kenya mengurung dirinya di dalam rumah bersama dua anaknya sebelum membakar kediaman tersebut selepas mendapat tahu bahawa...

Uncategorized

Walaupun sedang menjalani hukuman juvana di sebuah pusat pemulihan, empat pelajar perempuan ini nampaknya masih lagi berkelakuan tidak bermoral. Empat orang pelajar perempuan yang...

Uncategorized

Seorang wanita di Vietnam dilihat hanya tergelak selepas peragut berjaya melarikan diri bersama rantai emas miliknya. Kejadian itu dilaporkan berlaku ketika wanita tersebut sedang...

Uncategorized

Seorang pelajar perempuan telah menjadi mangsa rakannya sendiri apabila dia dikelar. Mangsa telah dikelar dengan menggunakan sejenis pisau dapur. Kejadian ngeri itu telah berlaku...