Connect with us

Hi, what are you looking for?

Kisah MalayaKisah Malaya

Uncategorized

> Nonny Nadirah berhijab semula, Luang masa bersama Mila Jirin

PETALING JAYA – Bertemu mata selepas tiga tahun berjauhan, tiada gambaran kegembiraan yang dapat diluahkan oleh penyanyi dan usahawan Mila Jirin apabila dapat berjumpa semula dengan kawan baiknya penyanyi dan pelakon iaitu Nonny Nadirah.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Mila dalam Instagram miliknya, selebriti berusia 35 tahun itu berkongsi rasa teruja dan bersyukur sewaktu bertemu dengan Nonny dan meluangkan masa bersama-sama.

“Aku sayang kau Nonny Nadirah. Jangan hilang dari radar persahabatan,” tulis Mila.

Dalam video singkat yang dikongsikan itu juga, Mila atau nama lengkapnya Norsyarmilla Jirin dilihat sangat gembira sewaktu meluangkan masa bersama Nonny di sebuah pusat beli-belah sambil menikmati minum petang.

“Masya-Allah hari ini saya tidak sangka dapat jumpa dengan seseorang yang sudah lama saya cari. Cuma belum sampai ketuk pintu rumah mak dia sahaja, sebab tak ada alamat. Ini dia (memalingkan kamera ke arah Nonny). Mana menghilang?” soal Mila.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nonny yang berada di hadapan Mila kemudian dilihat ketawa sambil tersipu-sipu malu.

“Baru keluar dari…tak tahulah,” jawabnya sambil ketawa.

Apa yang mencuri tumpuan warga Instagram, Nonny atau nama sebenarnya Nonny Nadirah Zainuddin, 33, juga dilihat sudah kembali memakai tudung.

Dalam ruangan komen, ramai rakan artis gembira melihat pertemuan antara Mila dan Nonny, malah berharap agar selebriti asal Sabah itu tidak lagi menghilangkan diri selepas ini seperti yang sebelumnya.

“Gembira tengok Nonny sihat, gembira. Semoga sentiasa dalam lindungan Allah SWT. Dipermudahkan urusan dan dilimpahkan rezeki yang tidak putus-putus,” kata pelakon dan penyanyi Lufya.

“Alhamdulillah,” komen pelakon Ika Nabella.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sekitar dua tahun lalu, Nonny yang juga bekas peserta program realiti, Akademi Fantasia musim kelima (AF5) itu menarik perhatian netizen selepas memuat naik sebuah video berdurasi 38 saat dalam Instagramnya pada 25 Mac 2021.

Bukan video biasa, perkongsian tersebut sebaliknya memaparkan seorang wanita berbaju putih dengan berimej seksi mengenakan stokin jarang, duduk di bahagian belakang sebuah kereta.

“It’s good to be back (bagus untuk kembali)”, tulisnya pada kapsyen video tersebut.

Meskipun wajahnya tidak didedahkan kerana memakai alat pelindung muka, namun ramai yang terkesima selepas Mila tampil mengesahkan identiti wanita ‘misteri’ itu adalah Nonny.

Pendedahan ‘berani mati’ Nonny itu membuatkan ramai pihak tertanya-tanya apabila dia bukan sahaja tidak lagi berhijab, malah tampil ghairah dengan imej seksi. Ketika itu dia baru sahaja putus tunang dengan pelakon Niezam Zaidi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

 

Sumber: Kosmo

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like

Uncategorized

NAIROBI, KENYA –  Seorang wanita di  Kajiado, Kenya mengurung dirinya di dalam rumah bersama dua anaknya sebelum membakar kediaman tersebut selepas mendapat tahu bahawa...

Uncategorized

Walaupun sedang menjalani hukuman juvana di sebuah pusat pemulihan, empat pelajar perempuan ini nampaknya masih lagi berkelakuan tidak bermoral. Empat orang pelajar perempuan yang...

Uncategorized

Seorang wanita di Vietnam dilihat hanya tergelak selepas peragut berjaya melarikan diri bersama rantai emas miliknya. Kejadian itu dilaporkan berlaku ketika wanita tersebut sedang...

Uncategorized

Seorang pelajar perempuan telah menjadi mangsa rakannya sendiri apabila dia dikelar. Mangsa telah dikelar dengan menggunakan sejenis pisau dapur. Kejadian ngeri itu telah berlaku...