Connect with us

Hi, what are you looking for?

Kisah MalayaKisah Malaya

Uncategorized

> Pura-pura ‘belek’ dan banding telefon bimbit sebelum larikan dua Iphone

JEMPOL – Polis kini sedang giat mengesan seorang lelaki yang melarikan dua buah telefon bimbit terpakai jenis iPhone dari sebuah premis di Bandar Seri Jempol.

Dalam kejadian yang berlaku pada pukul 1.34 tengah hari, suspek telah datang ke kedai telefon itu dengan memakai baju jenis ‘hoodie’ hitam tanpa corak dan berseluar panjang hitam dengan bertopi keledar jenama SGV.

Superintendan Hoo Chang Hook selaku Ketua Polis Daerah Jempol berkata, suspek meminta dengan seorang pembantu kedai berusia 25 tahun untuk melihat sebuah iPhone 12 Pro Max 256GB berwarna biru yang dipamerkan di dalam kaca kaunter jualan.

“Suspek kemudian meminta sebuah lagi iPhone 11 Pro Max 256GB terpakai warna emas untuk buat perbandingan. Rakan sekerja pengadu yang sedang membaiki telefon di sebelah kaunter jualan menegur suspek dan mengecamnya telah datang kira-kira 5 petang semalam dan melihat telefon Vivo V25 Pro.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Suspek maklumkan kepada pembantu kedai mahu menunjukkan dua telefon tersebut kepada abangnya yang dikatakan berada di luar kedai. Bagaimanapun, suspek terus melarikan diri dengan membawa dua telefon tersebut menaiki motosikal yang diletakkan di lorong tepi kedai,” katanya.

Chang Hook juga berkata, susulan kejadian tersebut, kedai tersebut mengalami kerugian sebanyak RM5,300 dan kes kini disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

Sesiapa yang mengenali dan mempunyai maklumat mengenai individu tersebut boleh berhubung dengan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jempol di talian 06-4583449.

 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Kosmo

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like

Uncategorized

NAIROBI, KENYA –  Seorang wanita di  Kajiado, Kenya mengurung dirinya di dalam rumah bersama dua anaknya sebelum membakar kediaman tersebut selepas mendapat tahu bahawa...

Uncategorized

Walaupun sedang menjalani hukuman juvana di sebuah pusat pemulihan, empat pelajar perempuan ini nampaknya masih lagi berkelakuan tidak bermoral. Empat orang pelajar perempuan yang...

Uncategorized

Seorang wanita di Vietnam dilihat hanya tergelak selepas peragut berjaya melarikan diri bersama rantai emas miliknya. Kejadian itu dilaporkan berlaku ketika wanita tersebut sedang...

Uncategorized

Seorang pelajar perempuan telah menjadi mangsa rakannya sendiri apabila dia dikelar. Mangsa telah dikelar dengan menggunakan sejenis pisau dapur. Kejadian ngeri itu telah berlaku...