Connect with us

Hi, what are you looking for?

Kisah MalayaKisah Malaya

Uncategorized

> Cekik bayi sampai mati kemudian tanam di kawasan pergunungan

SEOUL: Seorang wanita dan teman lelakinya telah ditahan pada hari Ahad atas pertuduhan mencekik bayi sehingga mati di bandar Geoje, Korea Selatan.

Wanita yang berusia 30-an itu dan pasangannya berusia 20-an didakwa telah mencekik bayi berusia lima hari sehingga mati lalu menanam mayat bayi malang itu di kawasan pergunungan di Geoje, 331 kilometer di selatan Seoul.

Kedua-dua suspek sebelum ini mendakwa mereka menemukan jasad bayi itu pada 9 September lalu kemudian menanam mayat bayi itu pada hari berikutnya, tetapi kemudian menukar pengakuan mereka dan mendakwa bayi itu telah dihanyutkan di sungai.

Ia adalah siri kes penderaan terhadap kanak-kanak terbaharu selepas kerajaan tersebut melancarkan siasatan untuk memeriksa kesejahteraan lebih 2,000 bayi tidak berdaftar yang dilahirkan sejak 2015, ekoran penemuan dua mayat bayi baru lahir di dalam peti sejuk pada bulan lepas.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mayat bayi itu masih belum ditemui lagi, kata pihak polis.

Berkenaan kes terbabit, pihak berkuasa pada mulanya melakukan siasatan di kawasan pergunungan berhampiran rumah suspek di Daejeon untuk mengesan mayat bayi itu selepas dia mendakwa dia menanamnya berhampiran rumah lamanya.

Dia acap kali mengubah ceritanya dan memberitahu polis lokasi yang berbeza.

 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: HMetro

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like

Uncategorized

NAIROBI, KENYA –  Seorang wanita di  Kajiado, Kenya mengurung dirinya di dalam rumah bersama dua anaknya sebelum membakar kediaman tersebut selepas mendapat tahu bahawa...

Uncategorized

Walaupun sedang menjalani hukuman juvana di sebuah pusat pemulihan, empat pelajar perempuan ini nampaknya masih lagi berkelakuan tidak bermoral. Empat orang pelajar perempuan yang...

Uncategorized

Seorang wanita di Vietnam dilihat hanya tergelak selepas peragut berjaya melarikan diri bersama rantai emas miliknya. Kejadian itu dilaporkan berlaku ketika wanita tersebut sedang...

Uncategorized

Seorang pelajar perempuan telah menjadi mangsa rakannya sendiri apabila dia dikelar. Mangsa telah dikelar dengan menggunakan sejenis pisau dapur. Kejadian ngeri itu telah berlaku...