Connect with us

Hi, what are you looking for?

Kisah MalayaKisah Malaya

Uncategorized

> Buat iklan dan jual anak di Facebook

Seorang bayi yang baru berusia 10 hari telah dilaporkan hilang. Bayi tersebut rupa-rupanya telah dijual oleh ibu kandungnya sendiri di platform Facebook.

Memetik laporan daripada Tribun News, seorang bapa di Jambi, Indonesia membuat laporan mengenai kes penculikan anaknya kepada pihak polis pada Ahad lalu selepas mendapati anaknya hilang dari bilik tidur kira-kira pada jam 6 pagi.

Walau bagaimanapun, bayi tersebut ternyata bukanlah diculik namun sebaliknya telah dijual kepada sepasang suami isteri lain untuk dijadikan anak angkat tanpa pengetahuan bapa kandungnya.

Wanita yang berada dalam kesempitan wang itu difahamkan telah mengiklankan anaknya menerusi media sosial Facebook sebelum bayinya lahir lagi. Dia kemudian menerima bayaran sebanyak RM2437.80 (8 juta Rupiah) daripada pasangan suami isteri berkenaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kompol Indar Wahyu Dwi selaku Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Jambi berkata, ibu kandung bayi serta pasangan ibu bapa angkat bayi tersebut telah ditahan oleh pihak polis kerana telah melanggar Akta Perlindungan Kanak-Kanak.

Dalam pada itu juga, beliau juga menjelaskan bahawa bagi proses pengambilan anak angkat, ianya perlu melalui keputusan mahkamah dengan mengikut saluran yang betul. Bagaimanapun, ibu kandung bayi tersebut tidak mengetahui tentang proses berkenaan dan terlalu memerlukan wang.

Pengambilan anak angkat telah dikawal oleh Undang-undang Perlindungan Kanak-Kanak. Ada mekanisme supaya ia tidak dilakukan secara haram.
Sementara itu pula, polis berkata pasangan ibu bapa angkat bayi tersebut mengambil keputusan untuk membeli bayi berkenaan kerana mereka masih belum dikurniakan anak walaupun sudah lama berkahwin.

Kes tersebut ternyata tiada motif lain. Pihak polis sudah memeriksa keadaan mangsa ketika ditemui dan menyelidik latar belakang pasangan itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Susulan daripada itu, wanita tersebut telah ditahan dan anaknya kini dilaporkan selamat di bawah jagaan bapa kandungnya serta keluarga. Bagaimanapun, bayi itu perlu dibawa ke balai polis setiap hari bagi disusukan oleh ibunya.

Sumber: OhBulan & Tribun News

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like

Uncategorized

NAIROBI, KENYA –  Seorang wanita di  Kajiado, Kenya mengurung dirinya di dalam rumah bersama dua anaknya sebelum membakar kediaman tersebut selepas mendapat tahu bahawa...

Uncategorized

Walaupun sedang menjalani hukuman juvana di sebuah pusat pemulihan, empat pelajar perempuan ini nampaknya masih lagi berkelakuan tidak bermoral. Empat orang pelajar perempuan yang...

Uncategorized

Seorang wanita di Vietnam dilihat hanya tergelak selepas peragut berjaya melarikan diri bersama rantai emas miliknya. Kejadian itu dilaporkan berlaku ketika wanita tersebut sedang...

Uncategorized

Seorang pelajar perempuan telah menjadi mangsa rakannya sendiri apabila dia dikelar. Mangsa telah dikelar dengan menggunakan sejenis pisau dapur. Kejadian ngeri itu telah berlaku...