Connect with us

Hi, what are you looking for?

Kisah MalayaKisah Malaya

Uncategorized

> Bidan sambut 10,000 bayi tanpa rekod kematian

MUMBAI : Seorang bidan wanita di India berjaya menyambut 10,000 bayi tanpa rekod kematian sepanjang perkhidmatannya selama 33 tahun di sebuah pusat kesihatan negeri Tamil Naidu.

Khatija Bibi, 60 tahun, kini sudah bersara dalam bidang kesihatan itu. Beliau menyatakan dia bangga apabila menyaksikan sistem penjagaan kesihatan wanita di negaranya semakin berkembang pesat.

“Saya bangga kerana tidak seorang pun daripada 10,000 bayi yang dilahirkan meninggal dunia di tangan saya,” kata Khatija sambil menganggap beliau sudah sampai di puncak tertinggi di dalam kerjayanya.

Ma Subramaniam selaku Menteri Kesihatan memberitahu BBC bahawa Khatija baru-baru ini menerima satu anugerah daripada kerajaan kerana tiada rekod kematian terhadap bayi yang disambutnya sepanjang tempoh berkhidmat.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sepanjang tiga dekad, beliau telah bekerja di sebuah pusat kesihatan di selatan negeri Tamil Naidu.

Sebelum ini, India merekodkan kadar kematian ibu dan bayi yang tinggi berbanding negara lain.

“Saya pernah mengandung tujuh bulan…namun dapat membantu wanita lain. Saya kembali bekerja selepas berehat seketika selama dua bulan.

“Jadi saya tahu betapa cemasnya wanita apabila mereka bersalin, jadi dengan menjadikan mereka selesa dan yakin adalah keutamaan saya,” katanya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Khatija telah bersara pada bulan Jun lalu dan menyatakan kerjayanya itu adalah bersumberkan inspirasi daripada ibunya, Zulaika yang juga merupakan seorang bidan kampung.

“Saya sering bermain-main dengan picagari semasa zaman kanak-kanak. Saya juga sudah terbiasa dengan bau hospital,” ujar Khatija.

Sejak kecil lagi, Khatija sudah memahami kepentingan kerja ibunya dengan menyediakan penjagaan kesihatan kepada wanita luar bandar yang miskin dan separa buta huruf.

Pada tahun 1990, kadar kematian ibu (MMR) di India telah mencapai 556 kes kematian bagi setiap 100,000 kelahiran hidup. Pada tahun yang sama juga, India mencatatkan 88 kes kematian bayi bagi setiap 1,000 kelahiran hidup.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Angka kerajaan terkini pula menunjukkan bahawa MMR berada pada 97 setiap 100,000 kelahiran hidup, dan kadar kematian bayi pada 27 setiap 1,000 kelahiran hidup.

Sumber: Sinar Harian

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like

Uncategorized

NAIROBI, KENYA –  Seorang wanita di  Kajiado, Kenya mengurung dirinya di dalam rumah bersama dua anaknya sebelum membakar kediaman tersebut selepas mendapat tahu bahawa...

Uncategorized

Walaupun sedang menjalani hukuman juvana di sebuah pusat pemulihan, empat pelajar perempuan ini nampaknya masih lagi berkelakuan tidak bermoral. Empat orang pelajar perempuan yang...

Uncategorized

Seorang wanita di Vietnam dilihat hanya tergelak selepas peragut berjaya melarikan diri bersama rantai emas miliknya. Kejadian itu dilaporkan berlaku ketika wanita tersebut sedang...

Uncategorized

Seorang pelajar perempuan telah menjadi mangsa rakannya sendiri apabila dia dikelar. Mangsa telah dikelar dengan menggunakan sejenis pisau dapur. Kejadian ngeri itu telah berlaku...