Kebiasaannya, memang ibu bapalah yang akan mengambil anak selepas saja mereka pulang dari sekolah.
Jika bukan, pasti ada van atau bas sekolah yang akan mengambil anak-anak mereka. Oleh itu, pasti banyak ragam dan cerita yang anak-anak akan kongsi selepas sahaja mereka pulang dari sekolah.
Sebagai contohnya, aktiviti apa yang mereka lakukan pada hari ini dan sebagainya, betul tak? Namun begitu, lain pula dengan gelagat seorang anak yang dirakam oleh ibunya ini telah mendapat perhatian ramai.
Lihat video itu di bawah:
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang ibu merakam anak lelakinya yang baru sahaja keluar dari kawasan sekolah sambil menuju ke kereta.
Namun, apa yang lebih mencuri tumpuan adalah anaknya itu tidak terus pergi kereta si ibu, malah dia sempat memetik bunga di luar kawasan sekolah terlebih dahulu.
Kanak-kanak itu kemudian memberikan bunga yang telah dipetik kepada ibunya dan memasuki kereta. Difahamkan, anaknya itu akan memetik bunga pada setiap hari dan memberikan kepadanya.
Lihat video sambungan itu di bawah:
“Ya Allah kecil-kecil dah sweet ya. Seronok ibu kalau macam ni” – Netizen
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memuji kecomelan dan sikap romaktik kanak-kanak berkenaan.
Video tersebut telah meraih 1.3M views, 177.6K likes dan 4, 360 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen-komen daripada netizen di TikTok:
Sumber: Seismik
