Seorang pengguna Twitter mendakwa bahawa rakan-rakannya sering memuat naik dan berkongsi gambar-gambar yang tidak sopan ke dalam kumpulan WhatsApp yang terdiri daripada semua ahli lelaki.
Lebih menggelikan lagi adalah apabila ada yang berani berkongsi gambar ‘aset’ wanita meskipun mereka menganggap ia hanya gurauan semata bersama rakan-rakan di dalam kumpulan Whatsapp itu.
Sehubungan dengan itu, lelaki tersebut mula bersuara dan menegur perbuatan terkutuk rakan-rakannya kerana gurauan mereka itu sudah dianggap seperti mencabuli maruah seorang wanita.
“Korang (anda semua) kalau suka sangat tangkap dan kongsi gambar punggung atau payudara wanita entah siapa-siapa, aku blah (keluar). Jangan masukkan aku lagi dalam kumpulan (WhatsApp) ini.
“Semua dah besar, ada yang dah ada anak dan isteri, jadi fikir sendiri.
“Korang (anda semua) dah ada keluarga, mungkin bukan hari ini, tapi mesti kena punya suatu hari nanti,” tegurnya dengan tegas.
Tambah lelaki tersebut dalam ciapan Twitternya, dia tidak takut sekiranya tindakannya itu akan membuatkan dia hilang kawan kerana dia masih berfikiran waras dan cuba untuk melindungi maruah wanita.
“Saya hanya mahu memperjuangkan kebenaran, tak rugi pun hilang kawan seperti ini,” katanya.
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang mengutuk tindakan sekumpulan lelaki tersebut kerana menjadikan maruah wanita sebagai bahan gurauan.
“Patut kena pukul sampai lunyai lelaki gurau aibkan maruah wanita, tak kena dekat anak bini dia memang dia tak akan rasa,” kata seorang pengguna yang lain.
Dalam pada itu juga, ada pengguna Twitter yang mencadangkan agar para isteri di luar sana menyemak telefon bimbit suami masing-masing kerana risau turut terlibat dengan perbuatan terkutuk seperti ini.
“Suami tidur, cuba isteri cek telefon suami masing-masing, takut ada ‘Group WhatsApp’ sembang bukan-bukan hal wanita lain, ramai lelaki depan baik belakang ‘hauk’,” pesan pengguna lain.
Sumber: Kosmo
