Jika berjalan di shopping mall, sudah tentu kita akan dapat lihat pameran kereta keluaran terbaru daripada syarikat automobil bukan?
Tujuan kereta-kereta tersebut dipamerkan adalah untuk menarik minat pelanggan supaya membeli sesebuah kereta itu bergantung pada teknologi canggihnya yang semakin baik.
Namun, berbeza pula dengan insiden yang berlaku kepada dua orang lelaki ini apabila mereka terkunci di dalam kereta display dan gelagat mereka telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Niat asal mereka untuk tengok-tengok dalam kereta sahaja namun tidak sangka boleh pula terkunci di dalam kereta tersebut.
Menerusi video yang dimuat naik oleh @ciaobem, kelihatan dua lelaki itu sedang berada di dalam sebuah kereta display dalam pusat beli-belah.
Apa yang membuatkan mereka berdua terkejut adalah apabila kereta itu tiba-tiba terkunci dan membuatkan mereka berasa panik sambil ketawa.
Walaupun masing-masing tengah cuak, mereka siap pura-pura seperti tiada apa yang berlaku dan tidak meminta pertolongan daripada salesman di situ kerana malu. Akhirnya, mereka hanya mampu tergelak sambil merakan video.
Susulan tularnya video itu yang kini telah meraih 1.3M views, 88.6K likes dan 11.8K shares di TikTok, rata-rata warganet turut terhibur melihat gelagat mereka yang cukup menghiburkan.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada warganet di TikTok:
Sumber: Seismik
