Connect with us

Hi, what are you looking for?

Kisah MalayaKisah Malaya

Uncategorized

> Bergelap dalam kotak untuk rasa suasana ‘kubur’

Seorang kanak-kanak lelaki telah menarik perhatian ramai pengguna Tiktok apabila tular rakaman gelagatnya yang sedang berlakon seolah-olah berada di alam kubur.

Menerusi perkongsian video di Tiktok oleh Aqilah Shaari, anak buahnya meminta neneknya untuk bertanyakan beberapa soalan seperti kejadian sebenar berada di alam barzakh.

“Kalau tanya siapa tuhan kamu nak jawab apa?,” soal nenek kanak-kanak itu.

“Allah,” balas kanak-kanak tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Ha, pandai pun. Siapa nabi kamu?,” soal neneknya lagi.

“Nabi Muhammad SAW,” sahut kanak-kanak tersebut.

“Apa kitab kamu,” tanya neneknya.

“Kitab al-Quran,” balas kanak-kanak tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Walau bagaimanapun, terdapat satu adegan lucu pada akhir video yang dimuat naik itu apabila kanak-kanak tersebut turut memanggil ‘ucu mana’.

Pertanyaan kanak-kanak itu menjadi bualan ramai di ruangan komen apabila mereka menyifatkan dia mahu peneman untuk berada bersama di dalam kotak.

“Mana ucu dia, mungkin budak ini dah mula rasa takut duduk lama dalam gelap, dia nak ucu dia teman sekali,” kata @Aliyaaa.

“Bukan biasa-biasa mainan nenek dengan cucu ini, seram kalau acik ‘auto’ lompat keluar dik,” seloroh @Lin77.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Acik dulu pun pernah terfikir nak main kubur-kubur, baru tutup kotak terus menangis takut acik dibuatnya. Kau hati kental dik, siap boleh jawab soalan nenek,” puji Rose.

Lihat video di bawah:

 

Sumber: Kosmo

Advertisement. Scroll to continue reading.
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like

Uncategorized

NAIROBI, KENYA –  Seorang wanita di  Kajiado, Kenya mengurung dirinya di dalam rumah bersama dua anaknya sebelum membakar kediaman tersebut selepas mendapat tahu bahawa...

Uncategorized

Walaupun sedang menjalani hukuman juvana di sebuah pusat pemulihan, empat pelajar perempuan ini nampaknya masih lagi berkelakuan tidak bermoral. Empat orang pelajar perempuan yang...

Uncategorized

Seorang wanita di Vietnam dilihat hanya tergelak selepas peragut berjaya melarikan diri bersama rantai emas miliknya. Kejadian itu dilaporkan berlaku ketika wanita tersebut sedang...

Uncategorized

Seorang pelajar perempuan telah menjadi mangsa rakannya sendiri apabila dia dikelar. Mangsa telah dikelar dengan menggunakan sejenis pisau dapur. Kejadian ngeri itu telah berlaku...