JAKARTA : Seorang lelaki ditahan oleh pihak polis kerana didakwa telah memaksa kekasihnya untuk memakan najisnya selepas mengetahui wanita itu berlaku curang.

Gambar hiasan
Lelaki yang dikenali sebagai EP itu juga turut didakwa telah menyapu najis miliknya pada muka teman wanitanya.
Menurut Wahid Key selaku Ketua Polis Cilandak, Jakarta Selata, suspek dan teman wanitanya mempunyai hubungan yang baik sebelum ini sehinggalah wanita itu berlaku curang dan semuanya berakhir.
“Kes ini bermula selepas suspek melihat ada lelaki lain bersama teman wanitanya di dalam rumah sewa wanita itu.
Suspek cuba untuk mengejar lelaki yang dikatakan curang bersama teman wanitanya namun gagal. Hal ini kerana lelaki tersebut berjaya melarikan diri. Suspek kemudian masuk ke dalam tandas untuk membuang air.
“Selepas selesai, suspek keluar sambil membawa bahan buangannya itu lalu disapukan pada wajah teman wanitanya dan memaksanya untuk makan,” kata Wahid Key.
Selain daripada itu, suspek juga turut dipercayai memukul teman wanitanya dibahagian tangan dan muka.
Tidak lama selepas itu, teman wanita suspek membuat laporan polis.
Beberapa hari selepas itu, suspek ditahan oleh pihak polis untuk disiasat.
Sumber: Utusan Malaysia
