Connect with us

Hi, what are you looking for?

Kisah MalayaKisah Malaya

Uncategorized

> Kutip ‘patung’ di pantai, ‘tuan’ muncul minta hak dikembalikan

Selepas melahirkan anak ketiga, Zulaikha (bukan nama sebenar) mula menyedari perubahan yang berlaku kepada dirinya sendiri.

Dia bukan sahaja mudah berasa takut dan lemah semangat tetapi tiba-tiba mampu melihat perkara halus yang cukup menakutkan apatah lagi dengan keadaan dirinya yang masih dalam pantang bersalin.

Pelbagai jenis rawatan yang telah dilakukan namun Zulaikha memberitahu dia masih lagi boleh nampak benda-benda halus sehingga lama-kelamaan dia sudah terbiasa dan mampu mengawal perasaannya setiap kali melihat makhluk halus yang muncul.

“Mula-mula memang rasa takut dan tak boleh terima hakikat… Sehingga kini saya buntu dengan apa yang berlaku kepada saya tapi lama-kelamaan saya mula reda dan mampu mengawal perasaan setiap kali ada benda muncul di depan mata saya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Kebetulan ada seorang pakcik yang saya temui ketika mendapatkan rawatan memberitahu apa yang berlaku kepada saya sebenarnya adalah satu anugerah yang mungkin mempunyai kebaikan kelak.

“Dia minta saya banyak bersabar dan berdoa kepada Allah sekiranya ‘hijab’ saya masih terbuka dan sementara itu gunakannya untuk perkara kebaikan seperti membantu orang lain,” ceritanya.

Menurut Zulaikha, semenjak itu dia sudah melihat pelbagai makhluk. Ada yang tidak ada kepala berdiri di depan rumah, benda berbungkus seperti pocong dan macam-macam lagi tidak mengira masa dan tempat.

Gambar hiasan

Bagaimanapun katanya, baru-baru ini, dia tersedar kelebihannya itu ada hikmahnya apabila dia dapat menyelamatkan nyawa anaknya sendiri.

Kisahnya bermula apabila mereka sekeluarga berkelah di tepi pantai dan anak sulungnya terjumpa dengan sebuah anak patung dan membawanya pulang tanpa dia sedari.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ketika pulang ke rumah, anak sulungnya terus menyimpan anak patung itu di dalam bekas mainan dan tanpa disedari ia telah mengundang musibah kepada mereka sekeluarga.

“Beberapa hari kemudian ketika saya sedang menonton televisyen saya terdengar anak saya duduk di depan pintu rumah sambil ketawa seperti sedang bermain dengan seseorang.

“Pada awalnya saya buat tak kisah tetapi selepas beberapa minit saya dengar dia menangis dan ketika saya pergi menjenguknya, saya lihat ada seorang kanak-kanak perempuan dalam lingkungan usia lima tahun berdiri di depan pintu.

“Dia memakai baju berbelang hitam dan putih, berskirt pendek… Meskipun hati saya tak sedap, saya memintanya untuk pulang ke rumah kerana waktu itu sudahpun lewat malam,” cerita Zulaikha.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sekitar pukul satu pagi, suami Zulaikha masih lagi berjaga kerana menyelesaikan tugas pejabat sebelum pintu rumah mereka diketuk oleh seseorang.

Namun yang peliknya, apabila dibuka tiada sesiapa di depan pintu dan suaminya menyangka rakannya sengaja mempermainkannya kerana dia sering bertandang ke rumah mereka walaupun sudah tengah malam.

“Apabila suami menutup pintu selepas melihat tiada siapa di luar, tiba-tiba dia terdengar suara seorang budak sedang menangis di dalam rumah.

“Suami yang berasa seram dengan suara itu, terus masuk ke bilik keudian mengejut saya dari tidur kerana ingin meminta saya memeriksa sekiranya ada sesuatu yang tidak kena dalam rumah kami,” jelasnya lagi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Zulaikha memberitahu dalam keadaan mamai iaitu antara sedar dan tidak, dia berasa terkejut apabila ternampak kanak-kanak yang bermain dengan anaknya tadi sedang berdiri di sebuah sudut bilik tidur mereka.

Namun kata Zulaikha, kali ini jelmaan kanak-kanak itu dalam keadaan yang menakutkan dengan hidung dan bajunya berlumuran darah sambil menjerit meminta supaya haknya dikembalikan.

“Saya tidak faham apa yang dia maksudkan apabila minta haknya dikembalikan dan apabila saya bertanya, makhluk itu hanya menangis dan mengulang perkara yang sama sebelum ia menghilangkan diri begitu sahaja,” katanya.

Malam itu, Zulaikha tidak dapat melelapkan mata memikirkan tentang hak yang dimaksudkan oleh makhluk itu sehinggalah keesokan harinya, anak sulungnya itu menceritakan apa telah berlaku sebenarnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anaknya itu tiba-tiba menangis ketika bermain di depan pintu selepas makhluk itu memarahinya mengambil patung miliknya ketika berada di pantai.

“Saya terkejut kerana tak tahu mengenai patung yang dia kutip itu. Saya terus membuang patung itu dan mujur tiada lagi gangguan daripada makhluk sama atau ia muncul di depan saya,” ujarnya.

Justeru itu, Zulaikha menasihati orang ramai supaya tidak mudah untuk mengambil apa-apa barang yang ditemui di mana-mana tempat kerana bimbang ia merupakan hak ‘orang lain’ dan pastikan pantau segala gerak-geri anak dengan lebih lagi berbanding biasa.

 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: mStar

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like

Uncategorized

NAIROBI, KENYA –  Seorang wanita di  Kajiado, Kenya mengurung dirinya di dalam rumah bersama dua anaknya sebelum membakar kediaman tersebut selepas mendapat tahu bahawa...

Uncategorized

Walaupun sedang menjalani hukuman juvana di sebuah pusat pemulihan, empat pelajar perempuan ini nampaknya masih lagi berkelakuan tidak bermoral. Empat orang pelajar perempuan yang...

Uncategorized

Seorang wanita di Vietnam dilihat hanya tergelak selepas peragut berjaya melarikan diri bersama rantai emas miliknya. Kejadian itu dilaporkan berlaku ketika wanita tersebut sedang...

Uncategorized

Seorang pelajar perempuan telah menjadi mangsa rakannya sendiri apabila dia dikelar. Mangsa telah dikelar dengan menggunakan sejenis pisau dapur. Kejadian ngeri itu telah berlaku...