Connect with us

Hi, what are you looking for?

Kisah MalayaKisah Malaya

Uncategorized

> Lelaki melecur akibat rumah terbakar

KUALA LUMPUR- Seorang lelaki warga tempatan cedera selepas rumah sewa yang didiaminya mengalami kebakaran di Jalan Rebung, Bukit Kapar, Selangor.
Wan Md Razali Wan Ismail selaku Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.21 pagi.
Sejurus itu, pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Papar, BBP Sg Pinang dan BBP Kota Raja dikejarkan ke lokasi kejadian dengan segera.

“Setibanya di tempat kejadian, bomba mendapati bahawa kebakaran telah melibatkan rumah sewa setingkat dengan anggaran 60 peratus kemusnahan.

“Semasa kejadian berlaku, terdapat dua orang lelaki yang sempat keluar menyelamatkan diri sebelum bomba sampai ke lokasi.
“Namun begitu, seorang daripada mereka mengalami kecederaan iaitu melecur sebanyak 45 peratus,” katanya dalam satu kenyataan.

Foto JBPM Selangor

Mengulas lanjut, Wan Md Razali berkata, kebakaran berjaya dikawal pada jam 5.40 pagi dan kerja-kerja ‘overhaul’ sedang dilakukan.
“Mangsa yang mengalami kecederaan dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang menggunakan ambulans,” ujar Wan Md Razali lagi.
Sumber: Astro Awani
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like

Uncategorized

NAIROBI, KENYA –  Seorang wanita di  Kajiado, Kenya mengurung dirinya di dalam rumah bersama dua anaknya sebelum membakar kediaman tersebut selepas mendapat tahu bahawa...

Uncategorized

Walaupun sedang menjalani hukuman juvana di sebuah pusat pemulihan, empat pelajar perempuan ini nampaknya masih lagi berkelakuan tidak bermoral. Empat orang pelajar perempuan yang...

Uncategorized

Seorang wanita di Vietnam dilihat hanya tergelak selepas peragut berjaya melarikan diri bersama rantai emas miliknya. Kejadian itu dilaporkan berlaku ketika wanita tersebut sedang...

Uncategorized

Seorang pelajar perempuan telah menjadi mangsa rakannya sendiri apabila dia dikelar. Mangsa telah dikelar dengan menggunakan sejenis pisau dapur. Kejadian ngeri itu telah berlaku...