Connect with us

Hi, what are you looking for?

Kisah MalayaKisah Malaya

Uncategorized

>Lelaki belasah isteri guna kayu golf kerana disyaki curang

MELAKA – Seorang pengemas penginapan telah didakwa di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh atas pertuduhan mencederakan isterinya dengan menggunakan kayu golf dan baton besi gara-gara mengetahui mangsa curang dengan lelaki lain pada Isnin lalu.

Azwan Azman, berusia 32 tahun, yang dituduh mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan (KK) dan dibaca bersama 326A kanun sama mengaku tidak bersalah dan meminta untuk dibicarakan di hadapan Hakim Darmafikri Abu Adam.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah kepada Noraishah Ya’acob, 28 tahun, dengan menggunakan kayu golf, baton besi dan buluh.

Kesalahan tersebut didakwa dilakukan di sebuah rumah di Jalan Seri Emas 3, Taman Seri Telok Mas, di sini, pada 19 Jun lalu, jam 3.30 pagi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Seksyen 326 dan 326A KK memperuntukkan hukuman penjara maksimum selama 20 tahun dan denda atau sebat, jika disabitkan kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, N Sivashangari yang menjalankan pendakwaan membantah jaminan diberikan kerana turut mengambil kira kecederaan parah yang dialami oleh mangsa.

Peguam Muhammad Syah Azlan Abdullah bagaimanapun memohon jaminan rendah diberikan terhadap tertuduh yang juga bapa dua anak sekiranya mahkamah menggunakan budi bicara.

Kata peguamnya, ibu tertuduh bersedia menjadi penjamin dan hanya menyediakan wang sebanyak RM4,000.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mahkamah kemudian telah membenarkan tertuduh dilepaskan dengan ikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin serta syarat perlu melaporkan diri di balai polis berhampiran setiap bulan dan tidak mengganggu mangsa serta saksi pendakwaan sehingga kes selesai.

Kes tersebut telah ditetapkan untuk sebutan semula pada tanggal 1 Ogos depan bagi pengurusan kes dan serahan dokumen.

 

Sumber: HMetro

Advertisement. Scroll to continue reading.
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like

Uncategorized

NAIROBI, KENYA –  Seorang wanita di  Kajiado, Kenya mengurung dirinya di dalam rumah bersama dua anaknya sebelum membakar kediaman tersebut selepas mendapat tahu bahawa...

Uncategorized

Walaupun sedang menjalani hukuman juvana di sebuah pusat pemulihan, empat pelajar perempuan ini nampaknya masih lagi berkelakuan tidak bermoral. Empat orang pelajar perempuan yang...

Uncategorized

Seorang wanita di Vietnam dilihat hanya tergelak selepas peragut berjaya melarikan diri bersama rantai emas miliknya. Kejadian itu dilaporkan berlaku ketika wanita tersebut sedang...

Uncategorized

Seorang pelajar perempuan telah menjadi mangsa rakannya sendiri apabila dia dikelar. Mangsa telah dikelar dengan menggunakan sejenis pisau dapur. Kejadian ngeri itu telah berlaku...