Connect with us

Hi, what are you looking for?

Kisah MalayaKisah Malaya

Uncategorized

> Biawak ‘terjah’ kedai kasut buat pekerja jadi panik

PETALING JAYA: Pekerja panik dan kecoh, apabila seekor biawak tiba-tiba menerjah masuk ke dalam sebuah kedai kasut baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di TikTok milik LaniaOfficial, biawak itu tiba-tiba masuk ke dalam premis berkenaan menggunakan pintu yang selalunya pelanggan akan masuk. Biawak itu masuk dalam keadaan seperti panik dan ketakutan.

Menerusi kapsyen di akaun TikTok tersebut, pekerja di premis berkenaan menyangkakan ada pelanggan yang membuka pintu untuk masuk ke dalam kedai.

“Ingatkan pelanggan yang tolak pintu tu, rupa-rupanya biawak,” katanya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mereka yang ketakutan bertindak melarikan diri untuk memanggil majikan.

Salah seorang dari pekerja di situ juga sanggup memanjat meja kaunter pembayaran disebabkan terlalu takut dengan kehadiran biawak itu.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata terhibur dengan perkongsian itu.

“Kuat pulak si ‘gorgon’ (biawak) ni tolak pintu, kelakar betul,” komen Kim

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Dia dah lama perhati, kita je lalai. Pandai si gorgon pun nak beli kasut,” komen Sya Ahmad.

“Kedai ni bukan ke dekat tingkat atas, pandai betul biawak ni naik tangga,” komen Razif kacak.

Perkongsian tersebut meraih perhatian ramai sehingga mencecah tontonan dan komen yang terlalu banyak.

 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Kosmo

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like

Uncategorized

NAIROBI, KENYA –  Seorang wanita di  Kajiado, Kenya mengurung dirinya di dalam rumah bersama dua anaknya sebelum membakar kediaman tersebut selepas mendapat tahu bahawa...

Uncategorized

Walaupun sedang menjalani hukuman juvana di sebuah pusat pemulihan, empat pelajar perempuan ini nampaknya masih lagi berkelakuan tidak bermoral. Empat orang pelajar perempuan yang...

Uncategorized

Seorang wanita di Vietnam dilihat hanya tergelak selepas peragut berjaya melarikan diri bersama rantai emas miliknya. Kejadian itu dilaporkan berlaku ketika wanita tersebut sedang...

Uncategorized

Seorang pelajar perempuan telah menjadi mangsa rakannya sendiri apabila dia dikelar. Mangsa telah dikelar dengan menggunakan sejenis pisau dapur. Kejadian ngeri itu telah berlaku...