Connect with us

Hi, what are you looking for?

Kisah MalayaKisah Malaya

Uncategorized

> Suami curang dengan ‘Wan Aircond Man’, rupanya…

PETALING JAYA: Kelakuan seorang lelaki berlaku curang akhirnya terbongkar selepas isterinya melihat perbualan ‘jijik’ suaminya bersama wanita lain di aplikasi WhatsApp.

Lebih mengejutkan lagi, suaminya itu juga bertindak bijak dengan menukarkan nama kenalan kepada nama lelaki iaitu sebagai ‘Wan Aircond Man’ bagi mengelakkan dirinya terkantoi.

Bukan itu sahaja, menurut perkongsian di kumpulan Cinta Suami Isteri di Facebook, suaminya itu juga turut membelikan sebuah rumah kondominium di tingkat 16 buat wanita simpanannya itu.

“Punya cantik rumah kau beli untuk perempuan simpanan kau. Tingkat 16 lagi. Patutlah selalu balik lewat. Bagi alasan jumpa kawanlah, ‘client’ lah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Aku buka WhatsApp satu-satu, siap ada gambar ‘sweet-sweet’ atas katil, sebab tu dia kasi on ‘disappearing message’ dekat WhatsApp. Tapi dia silap, dia tak padam perbualan dari 23 haribulan,” luahnya.

Dia mula rasa curiga dengan suaminya itu selepas bercuti bersama-sama di Kalimantan. Menurutnya, suaminya kelihatan resah dan gelisah seperti mahu ‘gila’ disebabkan tiada ‘line’ di sana.

“Ingat gelisah pasal kerja atau sebab ‘line’, rupa-rupanya gelisah sebab tak dapat nak hubungi perempuan simpanan dia,” luahnya.

Wanita itu turut meluahkan rasa tidak percaya, apabila dia juga ditipu hidup-hidup oleh suaminya sendiri.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Dulu selalu nampak dekat media sosial, isteri mengadu suami ‘stay’ dekat ‘parking’ sampai setengah jam, sekarang aku faham kenapa, dia sibuk ‘report’ dekat perempuan simpanan dia,” katanya lagi.

Menjengah ke ruangan komen pula, rata-rata orang ramai memberikan kata-kata semangat untuk wanita itu.

“Bertabahlah akak, penyondol selalu muka hauk, perangai pun hauk, saya doakan akak kuat,” komen daripada Syahirah.

Perkongsian tersebut telah tular di aplikasi Facebook sehingga meraih tanda suka sebanyak 4,100, 1,796 perkongsian dan 1,500 komen.

Advertisement. Scroll to continue reading.

 

Sumber: Kosmo

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like

Uncategorized

NAIROBI, KENYA –  Seorang wanita di  Kajiado, Kenya mengurung dirinya di dalam rumah bersama dua anaknya sebelum membakar kediaman tersebut selepas mendapat tahu bahawa...

Uncategorized

Walaupun sedang menjalani hukuman juvana di sebuah pusat pemulihan, empat pelajar perempuan ini nampaknya masih lagi berkelakuan tidak bermoral. Empat orang pelajar perempuan yang...

Uncategorized

Seorang wanita di Vietnam dilihat hanya tergelak selepas peragut berjaya melarikan diri bersama rantai emas miliknya. Kejadian itu dilaporkan berlaku ketika wanita tersebut sedang...

Uncategorized

Seorang pelajar perempuan telah menjadi mangsa rakannya sendiri apabila dia dikelar. Mangsa telah dikelar dengan menggunakan sejenis pisau dapur. Kejadian ngeri itu telah berlaku...