Seorang lelaki digelar ‘lelaki hamil’ hanya disebabkan perutnya yang membuncit. Rupa-rupanya mempunyai kembar yang tinggal di dalam dirinya selama 36 tahun lamanya.
Sanju Bhagat mengalami keadaan yang kelihatan seperti kembung perut yang teruk dan orang di sekelilingnya menggelarkannya sebagai ‘lelaki hamil’.
Ketika zaman kana-kanak, Bhagat kelihatan cergas dan sihat seperti kanak-kanak lain walaupun mempunyai perut yang lebih menonjol sedikit berbanding anak-anak sebaya dengannya.
Namun semuanya berubah apabila dia sudah mencecah usia 20-an dan bekerja di ladang setiap hari untuk menyara keluarga tetapi perutnya semakin membesar dan saiznya semakin membimbangkan.
Bhagat yang bersusah-payah mencari nafkah langsung tidak menghiraukan keadaan perutnya itu dan meneruskan kerja malah bersabar dengan setiap gurauan rakan sebaya serta kebimbangan keluarganya.
Pada tahun 1999, bonjolan perutnya itu telah menekan diafragmanya sehingga dia mengalami kesukaran untuk bernafas dan akhirnya dikejarkan ke hospital di Mumbai untuk mendapatkan rawatan.
Dr. Ajay Mehta yang terlibat dalam merawat Bhagat, mengatakan bahawa dia menganggap Bhagat menghidap tumor. Namun begitu, ketika pembedahan dilakukan ke atas perut Bhagat mendapati ia bukanlah tumor, sebaliknya merupakan penemuan seorang manusia.
Dr. Ajay memasukkan tangannya ke dalam dan mendapati banyak tulang di dalamnya.
Walaupun doktor yang terkejut pada mulanya menganggap kes pelik Bhagat adalah satu contoh ‘sindrom kembar hilang’, iaitu pasangan kembar meninggal dunia semasa kehamilan sebelum diserap semula, yang melihat kes tersebut sebagai ‘janin dalam janin’.
Ia merupakan kes yang sangat jarang berlaku, dianggarkan terjadi hanya satu dalam setiap 500,000 kelahiran hidup dan berlaku apabila satu kembar dilahirkan di dalam yang lain.
Selepas kelahiran, kembar yang belum lahir itu hidup seperti parasit daripada adik-beradiknya walaupun lazimnya kembar ‘tuan rumah’ akan menyedari sesuatu yang tidak kena lebih cepat berbanding Bhagat.
Penemuan itu mendapati bahawa terdapat anggota badan, rambut dan kulit yang ada di dalam diri Bhagat.
Bhagat cuba meneruskan hidupnya dan tidak mengalami sebarang kecederaan.
Sumber: mStar, Daily Star
