Connect with us

Hi, what are you looking for?

Kisah MalayaKisah Malaya

Uncategorized

‘Chatting’ punca utama suami isteri bercerai

PETALING JAYA: Ramai pasangan suami isteri di luar sana gagal menggunakan kemudahan aplikasi kiriman mesej seperti WhatsApp, Facebook, Instgaram mahupun Twitter dengan cara yang betul sehingga menyebabkan berlakunya keruntuhan rumah tangga.

Menerusi perkongsian seorang peguam syarie, Shazril Khairy Mustafa di TikTok, kata beliau, antara punca berlakunya penceraian adalah disebabkan oleh pasangan suami isteri ini gagal mengawal adab mereka sewaktu menghantar mesej pada kenalan berlainan jantina termasuklah rakan sekerja.

Katanya juga, antara perkara yang perlu dielak semasa berbual dengan rakan secara dalam talian ini adalah pastikan mesej dihantar mempunyai tujuan penting sahaja sama ada urusan kerja atau hal-hal kecemasan bukanlah sebaliknya.

“Jangan letak ikon memek muka atau emoji ‘love’ sewaktu membalas pesanan rakan berlainan jantina dan segera tamatkan sesi perbualan agar tidak berlanjutan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Selain itu, pastikan bermaruah sewaktu menghantar atau membalas mesej rakan berlainan jantina, jaga adab sebagai seorang lelaki atau perempuan dan yang paling penting elak menggunakan ayat manja atau merenget,” kata Shazril Khairy Mustafa.

Dalam pada itu, Shazril turut mengingatkan pasangan suami isteri di luar sana agar tidak berurusan dengan rakan sekerja selepas waktu kerja terutama kenalan berbeza jantina bagi mengelakkan daripada berlakunya sesi luahan perasaan peribadi sewaktu tempoh perbualan berlangsung.

“Elakkan juga bermesej dengan ayat-ayat pujian takut ada hati yang tersuka, dan elakkan juga kerap mesej dengan orang yang sama.

“Hormatilah pasangan halal (isteri/suami) anda kerana perkara-perkara tersebut boleh mencetuskan pergaduhan dalam rumah tangga anda selain hilang perasaan sayang kepada pasangan disebabkan kehadiran orang yang ketiga,” pesan Shazril.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ini kerana masih ramai lagi individu menjadikan ‘chatting’ rakan berlainan jantina dengan alasan atas urusan kerja namun tidak kena pada cara.

Sumber: Kosmo

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like

Uncategorized

NAIROBI, KENYA –  Seorang wanita di  Kajiado, Kenya mengurung dirinya di dalam rumah bersama dua anaknya sebelum membakar kediaman tersebut selepas mendapat tahu bahawa...

Uncategorized

Walaupun sedang menjalani hukuman juvana di sebuah pusat pemulihan, empat pelajar perempuan ini nampaknya masih lagi berkelakuan tidak bermoral. Empat orang pelajar perempuan yang...

Uncategorized

Seorang wanita di Vietnam dilihat hanya tergelak selepas peragut berjaya melarikan diri bersama rantai emas miliknya. Kejadian itu dilaporkan berlaku ketika wanita tersebut sedang...

Uncategorized

Seorang pelajar perempuan telah menjadi mangsa rakannya sendiri apabila dia dikelar. Mangsa telah dikelar dengan menggunakan sejenis pisau dapur. Kejadian ngeri itu telah berlaku...