Connect with us

Hi, what are you looking for?

Kisah MalayaKisah Malaya

Uncategorized

> Bunuh dua bayi kemudian simpan dalam peti sejuk

Seorang wanita berusia 30-an didakwa telah mencekik dua bayinya sehingga mati sejurus selepas melahirkan mereka. Kemudian, dia bertindak untuk menyimpan mayat anak-anaknya itu di dalam peti sejuk di apartmennya.

Kes tersebut terbongkar apabila pihak polis menerima laporan daripada Lembaga Audit dan Pemeriksaan Kerajaan mengenai kelahiran bayi tersebut namun mendapati kelahiran bayi tidak pernah didaftarkan.

Menurut pihak polis, suspek melahirkan kedua-dua bayi tersebut di hospital tetapi membunuh salah seorang bayinya di rumah manakala seorang lagi dibunuh berdekataan hospital sehari selepas melahirkan mereka.

Ketika disoal siasat, wanita itu mengaku telah membunuh anak-anaknya kerana berdepan dengan kesempitan ekonomi keluarga memandangkan dia perlu membesarkan tiga orang lagi anaknya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam pada itu, dia juga didapati telah membohongi suaminya dengan mengatakan bahawa kandungan tersebut telahpun digugurkan. Suaminya juga mendakwa dia sedar tentang kehamilan isterinya namun tidak tahu tentang pembunuhan kejam tersebut.

Susulan daripada itu, pihak polis telah mengeluarkan satu waran tangkap terhadap wanita berkenaan dan akan menjalankan bedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematian dua orang bayi tersebut dengan lebih terperinci.

Kejadian tragis ini berlaku di Suwon, Seoul di Korea Selatan.

Sumber: Oh Bulan, The Korea Times

Advertisement. Scroll to continue reading.
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like

Uncategorized

NAIROBI, KENYA –  Seorang wanita di  Kajiado, Kenya mengurung dirinya di dalam rumah bersama dua anaknya sebelum membakar kediaman tersebut selepas mendapat tahu bahawa...

Uncategorized

Walaupun sedang menjalani hukuman juvana di sebuah pusat pemulihan, empat pelajar perempuan ini nampaknya masih lagi berkelakuan tidak bermoral. Empat orang pelajar perempuan yang...

Uncategorized

Seorang wanita di Vietnam dilihat hanya tergelak selepas peragut berjaya melarikan diri bersama rantai emas miliknya. Kejadian itu dilaporkan berlaku ketika wanita tersebut sedang...

Uncategorized

Seorang pelajar perempuan telah menjadi mangsa rakannya sendiri apabila dia dikelar. Mangsa telah dikelar dengan menggunakan sejenis pisau dapur. Kejadian ngeri itu telah berlaku...